Halaman

Selasa, 27 Oktober 2009

2009 dalam kenangan





Alunan suara merdu kedengaran ,
Menghilangkan gundah gulana dan gusar,
Tersenyum megah dalam sebarisan,
Gagah berdiri pemuda al-Kauthar.

Kan ku pahat di dalam hati,
Dalam ingatan sepanjang zaman,
Kenangan al-Kauthar kenangan abadi,
Tersenyum bangga sebagai Johan.....


Pada 26 April 2009 kumpulan nasyid popular SMK Kempas, Al-Kauthar, telah menyertai pertandingan nasyid anjuran Biro Kesenian, Kebudayaan, dan Warisan, Pergerakan Wanita, Pertubuhan Pemuda dan Pertubuhan Puteri UMNO Bahagian Pulai yang bertempat di Dewan Besar, Kompleks Tan Sri Mohamed Rahmat Johor Bahru.

Kami mengetahui pertandingan tersebut melalui iklan di dalam internet. Guru kami menghubungi pihak penganjur untuk mengikuti pertandingan tersebut. Latihan dijalankan hanya dua hari berturut-turut. Kami berlatih bersungguh-sungguh untuk memastikan agar tidak kecewa dalam pertandingan tersebut. Memandangkan antara syarat pertandingan boleh menggunakan minus-one, kami juga tidak ketinggalan utnuk menggunakannya. Dengan dibantu oleh Mohd Mustakim, rakan kami, beliau menghubungi sahabatnya untuk mendapatkan perkhidmatan untuk menghasilkan irama minus-one untuk kami.

Guru-guru yang kami mengiring kami ialah Pn Zuraini dan Pn Nor Azmah. Cik Izyan turut membantu menghantar peserta ke tempat pertandingan. Sebanyak lapan kumpulan yang menyertai pertandingan tersebut dari berbagai peringkat umur. Al-Kauthar mendapat giliran keempat dalam pertandingan itu. Giliran dinanti dengan penuh debaran. Sebaik sahaja giliran dipanggil Al-Kautthar melangkah dengan penuh yakin. Tak dapat digambarkan perasaan ketika itu. Guru pengiring yang mengiring kami turut berdebar-debar. Pn Zalina selaku Penolong Kanan Kokurikulum turut hadir menyaksikan pertandingan itu.

Namun, tidak ada siapa dapat menduga dan tiada siapa yang mampu menolak takdir. Al-Kauthar telah diumumkan sebagai Johan dalam pertandingan tersebut. Bagai berada di awang-awangan ketika diumumkan sebagai Johan. Itulah kenangan terindah kami tahun bertuah 2009 ini. Syabas kepada semua ahli kumpulan. Terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak pentadbiran kerana memberi kebenaran kepada kami untuk menyertai pertandingan tersebut memandangkan pertandingan diadakan pada hari Ahad. Kepada guru-guru Persatuan Pendidikan Islam dan Nasyid, jasamu kan kami kenang ke akhir hayat.

Jumaat, 23 Oktober 2009

MOTTO

1. Melahirkan individu yang berketrampilan dan bersakhsiah mulia.
2. Memahirkan para pelajar dengan ajaran agama dan fardhu ain

GURU-GURU PENDIDIKAN ISLAM

Panitia Pendidikan Islam SMK Kempas mempunyai 7 orang guru Pendidikan Islam iaitu Pn Nor Azmah, Pn Wan Norsiah, En. Suhaimi, Pn Zuraidah, Pn Norlin, Pn Zuraini dan Pn Rasnida

Aktiviti Panitia Sepanjang Tahun 2009

  • Pentas Muhadharah
  • Majlis Solat Hajat
  • Program Bina Insan
  • Sambutan Maal Hijrah
  • Sambutan Israk Mikraj
  • Sambutan Nisfu Syaaban
  • Ihya' Ar-Ramadan

Kenali Diri

SMK Kempas terletak di Jalan Dataran 4, Taman Kempas, Johor Bahru. Ditubuhkan pada tahun 1998.
Panitia Pendidikan Islam SMK Kempas adalah salahsatu panitia yang ditubuhkan dengan fungsi untuk membantu sekolah, guru dan pelajar meningkatkan prestasi mata pelajaran tersebut. Mempunyai 7 orang guru terlatih yang terdiri daripada 6 guru perempuan dan seorang guru lelaki.