Halaman

Jumaat, 18 November 2011

TAKWIM MASIHI VS TAKWIM HIJRI..





Melepasi Aidil Adha bererti kita sudah sampai ke penghujung tahun hijrah bagi tahun 1432. Perancangan demi perancangan dapat dilihat sedang berlumba-lumba antara satu unit ke satu unit yang lain. Namun apa yang dapat diperhatikan persediaan untuk menghadapi 2012 lebih glamour dari persediaan untuk membuka tirai 1433 Hijrah yang akan menjelang beberapa hari saja lagi.

Dalam kesibukan kita menyediakan pelan tindakan atau pelan strategik atau mungkin pelan operasi dan sebagainya, janganlah lupa kita juga memerlukan pelan tindakan hijriyah.

ia tidak lari seperti tahun Masihi yang kita rancang, cuba sama-sama kita lihat:

Muharram -
berapa hari kita rancang berpuasa ?
sudahkah kita pilih anak-anak yatim yang ingin kita bersedekah padanya..
amalan sunat yang akan dibuat..

Rabiul Awal -
rancangan untuk meningkatkan kecintaan kepada baginda Rasulullah saw...
rancangan untuk anak2 mencintai Rasulullh saw..
hari apa ingin puasa sunat..
menanam azam untuk meninggalkan sifat2 mazmumah..

Rabiul Akhir -
persediaan amalan sunat...

Rejab -
meningkatkan taubat...
meningkatkan amalan2 sunat...
memanjatkan ribuan doa..
sentiasa memohon maaf dgn manusia..
sentiasa memaafkan orang lain...
meningkatkan puasa sunat..

Syaaban -
meningkatkan taubat..
memperbanyakkan salawat ke atas Rasulullah saw..
memperbanyakkan sedekah..
memanjatkan ribuan doa..
meningkatkan puasa sunat..

Ramadan -
berazam meningkatkan amalan lebih baik dari tahun ini...
meningkatkan darjat ikhlas dan taqwa..
meningkatkan amalan2 untuk mencapai taqwa..
berazam qiamullail setiap malam..
berjimat cermat dan mengelakkan pembaziran..
menyucikan hati dari sifat 2 mazmumah..
memperbanyakkan sedekah..

Syawal -
meraikan kegembiraan tanpa situasi haram dan syubhah..
mengelakkan pembaziran seperti tahun ini..
meningkatkan kesyukuran kepada Ilahi..
membuat rifleksi Ramadan..
memperbaharui azam Ramadan tahun berikutnya..

zulkaedah dan zulhijjah -
berazam untuk meningkatkan amalan (lebih-lebih lagi sekiranya tidak dapat menunaikan haji tahun depan)..
berazam untuk menunaikan haji atau umrah ..
memanjatkan ribuan doa..
memperbanyakkan amalan sunat..
meningkatkan puasa-puasa sunat..
rifleksi sepanjang tahun hijri yang dilalui..
memotivasikan diri ke arah yang lebih baik di tahun berikutnya..
muhasabah..muhasabah..dan muhasabah..

Coretan sekadar ilusi, untuk memotivasikan diri, semoga kita semua dapat memikirkannya...
Wallahu a'lam..

Meningkatkan kemahiran pelajar menguasai penulisan huruf Ya di tengah kalimah .

Meningkatkan kemahiran pelajar menguasai penulisan huruf Ya di tengah kalimah .
Oleh:
Zuraini Binti Hamisan @Khair (2011)


1.0 PENGENALAN

Saya mengajar Pendidikan Islam di sesi petang bagi Tingkatan 1 dan 2. Antara elemen penting dalam mata pelajaran ini ini penulisan Jawi. Pelajaran Jawi yang menggunakan huruf-huruf Arab menjadi elemen penting dalam pelajaran Pendidikan Islam di Negara kita. Sehubungan itu, tidak hairanlah mengapa buku teks Pendidikan Islam di Negara kita menggunakan tulisan Jawi.

Latihan Jawi merupakan sebahagian daripada unsur yang dijalankan di dalam dua waktu tambahan masa Pendidikan Islam. Soalan menjawikan juga komponen asas dalam peperiksaan Bahagian A yang memberikan 4 markah sekiranya ditulis dengan betul. Berdasarkan kepada beberapa sesi latihan, Pelajar tidak dapat menyambung huruf Ya dengan betul terutama apabila kedudukannya ditengah perkataan. Berdasarkan keadaan itulah kajian ini dijalankan dengan harapa mereka mendapat satu cara mudah untuk menulis dengan betul.



2.0 OBJEKTIF

Melalui kajian ini, diharap pelajar dapat :
a. menulis huruf ya di tengah perkataan dengan betul
b. mengenal pasti bentuk ya di awal, di tengah dan akhir perkataan mempunyai bentuk
yang berbeza,
c. menjawab latihan dengan betul



3.0 SASARAN KAJIAN

Kajian ini melibatkan 10 orang pelajar lelaki dan perempuan yang gagal menguasai penulisan huruf ya di tengah perkataan dari Tingkatan 2 Hikmah. Mereka dapat mengenal huruf ya namun tidak dapat menyambung dengan baik. Masalah mereka ini dikesan melalui beberapa sesi latihan mudah menyambung huruf membentuk perkataan.

4.0 MASALAH KAJIAN

Antara masalah yang sukar ialah pengetahuan asas mereka yang sangat lemah. Mereka tidak mampu membaca buku teks dan seterusnya gagal menguasai pelajaran sekiranya tiada nota tambahan dalam tulisan rumi. Markah yang tinggi iaitu empat markah mungkin akan hilang jika keadaan ini berterusan. Masalah kehadiran juga menjadi salah satu masalah yang dihadapi oleh guru. Pelajar yang kehadirannya tidak tetap didapati sukar menerima pelajaran kerana mungkin akan ketinggalan beberapa sesi penerangan dan latihan guru pada hari dia tidak hadir. Tempoh ketidakhadiran yang lama dan berselang-selang menyebabkan mereka lupa kaedah yang sepatutnya digunakan yang telah diajar oleh guru.


5.0 TINDAKAN KAJIAN

5.1 Tinjauan masalah

Guru mengenal pasti sasaran melalui beberapa sesi latihan penulisan. Pada awalnya pelajar diminta menjawikan beberapa perkataan mudah dua suku kata terbuka. Daripada 38 orang pelajar, 20 orang gagal menulis dengan betul. 20 orang ini diberi latihan 10 perkataan mudah yang mempunyai huruf ya di tengah perkataan. Setelah guru menerangkan apa yang perlu, hanya 10 orang sahaja yang mampu diselamatkan.

Guru berusaha mencari idea bagaimanakah cara terbaik untuk mengajak pelajar memahami kaedah dengan baik.

5.2 Pelaksanaan aktiviti

Sebelum kajian dijalankan dengan lebih terperinci, beberapa proses perlu dilaksanakan untuk mencapai fokus kajian.

5.2.1 Suku kata terbuka
Dalam latihan ini, hanya dua huruf sahaja digunakan. Saya cuba hendak menguji pelajar adakah mereka kenal huruf.

Ba Lu Fi
Ta Mu Ki
Na Ru Di
Ma Su Mi
ka Fu Si

Dan hasilnya :
Ba با Lu لو Fi ف ي
Ta تا Mu مو Ki ك ي
Na ىا Ru رو Di دي
Ma ةا Su دو Mi م ي
ka كا Fu دو Si س ي

Seramai 12 orang pelajar didapati menjawab seperti di atas, namun, setelah guru menerangkan secara ringkas cara sambungan yang betul akhirnya mereka dapay menulis dengan betul. Guru mulakan latihan dengan huruf ya di akhir supaya pelajar tidak melakakukan kekeliruan antara ya dan vokal yang lain. Ditambah lagi untuk menyambung huruf konsonen Jawi dengan huruf ya hanya melibatkan satu proses sahaja iaitu dari arah hadapan.

Hasil daripada latihan memperlihatkan sambungan yang sempurna seperti berikut :

Fi فـــي
Ki كــي
Mi مـي
Si ســـي

5.2.1 Suku kata tertutup

Setelah guru berpuas hati dengan beberapa sesi latihan, guru menambah darjah kesukaran kepada latihan suku kata tertutup. Di sinilah guru melihat satu fenomena yang menjadi bahan kajian ini. Guru meneruskan latihan dengan fokus suku kata tertutup seperti berikut.

Pin Sen
Tin Cek
Bip Kes
Pil Stem

Sekali lagi mereka gagal mendapatkan bentuk ya yang sesuai. Mereka masih terkesan dengan kedudukan ya di akhir perkataan. Antara contoh jawapan mereka seperti berikut :

Pin في ن Sen سي ن
Tin تي ن Cek ج ي ك
Bip بي ف Kes كي س
Pil في ل Stem ست ي م

Di sinilah guru mengenal pasti 10 orang sasaran yang tidak berjaya menulis penyambungan huruf ya di tengah perkataan. Sasaran dikumpulkan di bahagian hadapan untuk memudahkan guru membimbing mereka.


Pendekatan yang guru cuba gunakan ialah menggunakan perumpamaan huruf ya dengan seekor itik. Huruf ya atau gambarannya apabila berada di tengah perkataan kedudukanya sangat sempit. Oleh itu, untuk proses penyambungan beberapa bahagian itik atau huruf ya perlu dibuang seperti berikut :

Huruf ya perlu dibahagikan kepada tiga bahagian :
a. Bahagian 1 : kepala
b. Bahagian 2 : badan
c. Bahagian 3 : ekor

Bahagian kepala dan ekor hendaklah dibuang. Hanya bahagian badan sahaja yang akan digunakan dalam proses penyambungan huruf ya apabila kedudukannya berada di tengah perkataan.


Apabila bahagian kepala dan ekor dibuang, terhasillah satu bentuk mudah bagi huruf ya seperti bentuk huruf ba ( ب ), ta ( ت ), dan tha ( ث ) apabila berada di tengah perkataan.

Soalan latihan dibekalkan untuk lihat perkembangan mereka.
Pin Sen
Tin Cek
Bip Kes
Pil Stem

Lapan daripada mereka menunjukkan perkembangan yang baik. Dua daripada mereka hanya dapat menyelesaikan enam soalan sahaja. Guru membimbing mereka dengan beberapa perkataan baru.

Melihat kejayaan mereka, guru mula memberikan perkataan baru yang mempunyai dua sukukata yang mempunyai huruf ya seperti berikut :
Minit Gigi
Bibit Pipi
Mirip Cili
Bilik Pili
Kesalahan pada pengalaman pertama membantu mereka membuat latihan baru dengan gembira.


6.0 DAPATAN KAJIAN

Guru berpuashati dengan hasil yang positif ini. Hasil kajian tindakan ini juga telah menunjukkan perkembangan positif bahawa objektif boleh dicapai dengan kepelbagaian teknik yang menarik. Guru juga telah mengaplikasikan di kelas yang lain untuk membantu pelajar mendapatkan peningkatan kefahaman yang maksima. Huruf ya kini bukan masalah lagi, namun memerlukan latihan yang berterusan dari semasa ke semasa.

7.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA

Untuk peringkat seterusnya, saya berharap ada lagi kaedah menarik dan mudah yang akan muncul dalam membantu pelajar menulis Jawi dengan mudah seperti penulisan huruf sad ( ص ), dhad ( ض ), to ( ط ) dan dzo ( ظ ). Saya dapati selain dari huruf ya , pelajar juga sering melakukan kesilapan dalam ejaan atau proses penyambungan dari empat huruf tersebut.
Wallahu a’lam.