Halaman

Khamis, 4 Oktober 2012

Solat Hajat - PMR SPM 2012

Solat fardu lima kali sehari,
tanda setia orang beriman,
di belakang imam kami berdiri,
tunduk dan patuh padaMu Tuhan.

Beratur tegak bahu  bertaut,
takbir diangkat penuh semangat,
doa dibaca amin bersahut,
mohon kejayaan dunia akhirat.








 







Jumaat, 31 Ogos 2012

BENGKEL JADUAL SPESIKASI ITEM


BENGKEL JADUAL SPESIKASI  ITEM

JKD PENDIDIKAN ISLAM DAERAH JOHOR BAHRU

TARIKH     :         SABTU,   14  JULAI 2012

TEMPAT : PUSAT SUMBER , SMK KEMPAS 



 





Jumaat, 10 Ogos 2012

Ihya' Ramadan wa Iftar Jamai'e 2012

Tarikh :: 10 Ogos 2012
Tempat : Surau baru (Bengkel Amali Pendidikan Islam)
Masa  : 6 petang - 900 malam
Sasaran : Guru-guru Islam
               Pelajar Islam ting.3 dan 5
Pengisian : Gotong royong persiapan Bubur Lambok
                Memasak Bubur Lambok
                Majlis Khatam al-Quran 
                Jamuan Berbuka Puasa 
                Solat Maghrib Berjamaah
                Jamuan Makan Malam
                Solat Isya' dan solat Tarawih berjamaah



Seawal jam 9.30 pagi, guru-guru dah mula bergotong royong menyediakan bahan-bahan untuk memaak Bubur Lambok 



Selamat berbuka puasa semua..............





Solat Maghrib  berjemaah
Jamuan makan malam di kantin



Rabu, 25 Julai 2012

IHYA' RAMADAN 1

Program : Ihya' Ramadan (Pra Ramadan - Sesi Petang )
Tarikh    : Jumaat, 20 Julai 2012
Masa      : 5.00-6.45 petang
Tempat  : Bengkel Amali Pendidikan Islam (surau)
Sasaran   : Pelajar Islam sesi petang (ting 1 dan 2)
Aktiviti  : Solat Asar Berjamaah
                Ceramah motivasi sempena Ramadan
                Penyampaian cenderamata kepada penceramah
                Edaran kurma kepada pelajar
Penceramah jemputan : Ustaz Johari (SMK Imian Emas)



Sebahagiapelaar perempuan yang sedang tekun mendengar ceramah
Pelajar ting 1 dan 2 lelaki dan perempuan

Ustaz Johari menyampaikan ceramah motivasi menghadapi Ramadan, semoga pelajar dapat mengambil manfaat darpada apa yang dihidangkan kepada mereka. 

Barisan guru bersama pelajar sepanjang program

Cenderamata untuk pelajar motivasi untuk berppuasa esok.........


Sabtu, 21 Julai 2012

Salam Ramadan....suatu perubahan bermula di sini

 


 
Di bulan mulia ini, sama-samalah kita jaga adab-adab berpuasa. Antara adab-adabnya ialah :

1. Diriwayatkan dari Sahal bin Sa’ad : Sesungguhnya Nabi saw telah bersabda : Manusia ( ummat Islam ) masih dalam keadaan baik selama mentakjilkan (menyegerakan) berbuka. ( H.R : Al-Bukhary dan Muslim)

2. Diriwayatkan dari Salman bin Amir, bahwa sesungguhnya Nabi saw. telah bersabda : Apabila salah seorang diantara kamu puasa hendaklah berbuka dengan kurma, bila tidak ada kurma hendaklah dengan air, sesungguhnya air itu bersih. ( H.R : Ahmad dan At-Tirmidzi )

3. Diriwayatkan dari Ibnu Umar : Adalah Nabi saw. selesai berbuka Beliau berdo’a (artinya) telah pergi rasa haus dan menjadi basah semua urat-urat dan pahala tetap ada Insya Allah. ( H.R : Ad-Daaruquthni dan Abu Daud hadits hasan )

4.  Diriwayatkan dari Al-Miqdam bin Ma’di Yaqrib, dari Nabi saw. bersabda : Hendaklah kamu semua makan sahur, karena sahur adalah makanan yang penuh berkah. ( H.R : An-Nasa’i )

5. banyak bersedekah.... Diriwayatkan dari Ibnu Abbas ra. ia berkata :Adalah Rasulullah saw. orang yang paling dermawan dan beliau lebih dermawan lagi pada bulan Ramadhan ketika Jibril menemuinya,


 6. menghidupkan malam.... Diriwayatkan dari Abu Hurairah, ia berkata :Adalah Rasulullah saw. menggalakkan qiyamullail (shalat malam ) di bulan Ramadhan tanpa memerintahkan
secara wajib, maka beliau bersabda : Barang siapa yang shalat malam di bulan Ramadhan karena beriman dan mengharapkan pahala dari Allah, maka diampuni baginya dosanya yang telah lalu. ( H.R : Jama’ah )

 7. berusaha mencari lailatulqadar...Diriwayatkan dari Aisyah ra. Sesungguhnya Rasulullah saw. telah bersabda : berusahalah untuk mencari lailatul qadar pada sepuluh malam terakhir. (H.R : Muslim )

8. beri'tikaf dan

9. Menjauhi perkataan dan perbuatan keji dan menjauhi pertengkaran.

Namun begitu terdapat juga golongan yang puasanya tidak bernilai di sisi Allah SWT. Mereka hanya mendapat lapar dan dahaga sahaja. Hal ini disebut dalam sebuah hadis,


كم من صائم ليس له من صومه إلا الجوع والعطش

Maksudnya: “Berapa banyak orang yang berpuasa tetapi dia tidak mendapat apa-apa dari puasanya kecuali hanya lapar dan dahaga.” (Riwayat Ibnu Majah)

1.Melakukan syirik kepada Allah SWT
Firman Allah SWT,

"Sesungguhnya Allah SWT tidak akan mengampuni dosa syirik dan Dia mengampuni segala dosa yang selain dari (Syirik) itu, bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya. Barangsiapa yang menyengutukan Allah sesungguhnya dia telah berbuat dosa yang besar”. (Surah An-Nisak : 48)

Di antara contoh-contoh amalan syirik yang masih menebal dalam masyarakat Melayu ialah :

1. Percaya kepada bomoh dan juga tukang ramal.

Sabda Rasulullah saw,
مَنْ أَتَى عَرَّافًا فَسَأَلَهُ عَنْ شَيْئٍ فَصَدَّقَهُ بِمَا يَقُولُ ، لَمْ تُقْبَلْ لَهُ صَلاَةٌ أَرْبَعِيْنَ يَوْمًا

Maksudnya : "Barangsiapa yang mendatangi bomoh (tukang tilik) untuk bertanya sesuatu lalu dia membenarkan apa yang bomoh itu katakan, maka tidak akan diterima solatnya selama empat puluh hari". (HR Muslim )
Dalam sebuah lagi hadis daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya Nabi s.a.w. bersabda:

مَنَ أَتَى كَاهِنًا فَصَدَّقَهُ بِمَا يَقُوْلُ فَقَدْ كَفَرَ بِمَا أُنْزِلَ عَلَى مُحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

Maksudnya : "Sesiapa yang datang kepada bo¬moh atau tukang tilik dan membenarkan apa yang diper¬katakan olehnya sesungguhnya dia telah kufur dengan apa yang telah diturunkan kepada Muhammad s.a.w." (HR Ahmad dan Abu Dawud)

2. Memakai tangkal dan juga pengasih

Sabda Rasulullah saw,

إِنَّ الرُّقَى وَالتَّمَائِمَ وَالتِّوَلَةَ شِرْكٌ


Maksudnya : "Sesungguhnya jampi, tangkal dan pengasih itu adalah syirik." (HR Ahmad dan Abu Daud).

3. Percaya sesuatu boleh mendatangkan sial.
Sabda Rasulullah saw,

"Tiada jangkitan, tiada sial, iada kemudharatan burung, tiada bala bulan Safar dan larilah engkau dari orang yang berpenyakit kusta seperti mana engkau lari dari singa". (HR Bukhari)
Contoh kepercayaan tidak boleh ambil gambar bertiga kerana salah seorang daripadanya akan mati cepat. Tidak boleh memancing ikan ketika isteri sedang mengandung kerana dikhuatiri anak yang akan dilahirkan sumbing. Jangan tunjuk pelangi, nanti tangan akan kudung dan lain-lain lagi.
Segala amalan orang yang syirik bagaikan debu di sisi Allah SWT sebagaimana firman-Nya,
“Dan Kami hadapi segala amal yang mereka lakukan, lalu Kami jadikan amal itu bagaikan debu yang berterbangan”. (Surah Al-Furqan ayat 23)
2. Meninggalkan solat fardhu
Sheikh ‘Atiyah Saqar (1914-2006) seorang ulama besar Islam yang mengarang kitab al-Fatawa; Min Ahsanil-Kalam Fi al-Fatawa Wa al-Ahkam” menjelaskan dalam fatwanya; “Barangsiapa yang berpuasa tanpa menunaikan solat, puasanya adalah sah dan tidak wajib ia mengulanginya. Akan tetapi dari segi penerimaan (Allah) terhadapnya, berdasarkan pertunjuk daripada hadis-hadis Nabi saw, maka puasanya tidak diterima oleh Allah SWT".
Dalilnya,

إِنَّ أَوَّلَ مَا يُحَاسَبُ بِهِ الْعَبْدُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ مِنْ عَمَلِهِ صَلَاتُهُ

Maksudnya : “Sesungguhnya amalan yang pertama dihitung pada hari kiamat ke atas seseorang Islam itu ialah solat fardhunya".(HR Tirmidzi)
Prof. Yusuf Al-Qardhawi dalam fatwanya menjelaskan, mereka yang meninggalkan solat hilanglah hak persaudaraan dalam Islam.
Dalilnya ialah firman Allah dalam surah At-Taubah ayat 11,

“ Jika mereka bertaubat, mendirikan sholat dan menunaikan zakat, Maka (mereka itu) adalah saudara-saudaramu seagama. dan kami menjelaskan ayat-ayat itu bagi kaum yang Mengetahui.”(11)
3.Derhaka kepada ibu bapa

كل الذنوب يغفر الله منها ما شاء إلا عقوق الوالدين فإنه يعجل لصاحبه
العقوبة فى الحياة قبل الممات

Maksudnya : "Segala dosa diampuni Allah daripadanya mana yang Dia kehendaki kecuali dosa derhaka kepada ibu bapa. Sesungguhnya dosa derhaka terhadap ibubapa mencepatkan balasan azab ketika hidup dan sebelum mati".

4.Memutuskan silaturrahim
تُعْرَضُ اْلأَعْمَالُ فِى كُلِّ يَوْمِ خَمِيْسٍ وَاثَنَيْنٍ فَيَغْفِرُ اللهُ عَزَّ وَجَلَّ فِى ذَلِكَ الْيَوْمِ لِكُلِّ امْرِئٍ لاَ يُشْرِكُ بِاللهِ شَيْئًا إِلاَّ امْرَأً كَانَتْ بَيْنَهُ وَبَيْنَ أَخِـيْهِ شَحْنَاءٌ فَيُقَالُ لَـهُ: اُتْرُكُوا هَذَيْنِ حَتَّى يَصْطَلِحَـا ، اُتْرُكُوا هَذَيْنِ حَتَّى يَصْطَلِحَـا

Maksudnya : "Dilaporkan (kepada Allah) semua perbuatan orang pada setiap hari khamis dan Isnin (dalam seminggu), lalu Allah 'Azza Wa Jalla mengampuninya pada hari itu (juga) kepada setiap orang yang tidak syirik (menyengutukan) sesuatu dengan-Nya, kecuali siapa saja yang terjadi antara dia dan saudaranya (seiman) sengketa permusuhan; iaitu Allah berfirman untuknya: Tinggalkanlah (jangan dihapus dosa) kedua dua (orang yang bersengketa) ini, sehingga mereka berdua berdamai , tinggalkanlah (jangan dihapus dosa) kedua dua (orang yang bersengketa) ini, sehingga mereka berdua berdamai".(HR Muslim)

5.Mengumpat

Rasulullah saw bersabda :

"Barangsiapa yang tidak meninggalkan perkataan dusta dan ghibah (mengumpat) maka tiada erti di sisi Allah baginya berpuasa dari makan dan minum" (HR Bukhari).