Halaman

Jumaat, 27 April 2012

SEJENAK BERSAMA

20 April 2012 - Jabatan Pelajaran Negeri Johor telah menganjurkan Tafaqquh Ilmi yang dihadiri oleh Al-Allamah Habib Omar Benhafez pendakwah yang tidak asing lagi dari Hadramaut ini. Program yang dibuat di Dewan Seminar , Jabatan Pelajaran Negeri Johor dipenuhi oleh guru-guru Pendidikan Islam dan JQAF dari seluruh pelusuk Johor Bahru.

Kehadiran guru yang berkesan menunjukkan betapa kita memang dahagakan ilmu dari orang alim seperti beliau. Ceramah yang disampaikan dalam Bahasa Arab diterjemahkan oleh Habib Ali Zainal Abidin dengan bahasa yang indah sangat memukau hadirin yang memenuhi dewan.



Antara isu menarik yang dibincangkan ialah keperluan guru bertindak sebagai dai dalam usaha mendekati remaja sebagai generasi akan datang sangat penting dan memerlukan usaha yang berterusan. Rasulullah ialah contoh terbaik yang sangat popular dalam kes mendekati remaja dan belia.

Sesi soal jawab turut mendapat sambutan guru-guru hingga ada yang kecewa kerana tidak berpeluang mengajukan soalan kepada Habib Allamah. Masa sangat mencemburui program ditambah lagi suasana tengahari Jumaat yang semakin hampir.



Salah seorang guru yang bertuah yang sempat bertanyakan soalan.


Dewan penuh dengan insan yang dahagakan ilmu dan motivasi dari orang alim..


Para hadirin yang tidak mahu melepaskan peluang bersalaman dengan tetamu istimewa sebelum bersurai.
Usaha JPN mengadakan program seperti ini adalah satu usaha yang bik dan amat dialu-alukan oleh warga pendidik di Johor Bahru. Semoga usaha ini dapat diteruskan dan diberkati Allah, amin.













Jumaat, 20 April 2012

MINGGU PANITIA PEND. ISLAM (2)


Kemuncak minggu Panitia Pend.Islam dimeriahkan dengan Majlis Penyampaian hadiah pada minggu berikutnya. Hadiah disediakan bagi setiap kategori pertandingan yang dijalankan sepanjang minggu berlangsung.

Majlis dijalankan berasingan bagi sesi pagi dan petang. Sebelum penyampaian dijalankan , majlis pagi itu diserikan dengan halwa telinga dari Kumpulan Al-Kauthar yang mendapat tempat ketiga dalam Festival nasyid Sekolah Menengah Daerah Johor Bahru.

 Hadiah yang disediakan disusun kemas dibantu dengan para pengawas.

Pn.Wan Hasifa memenangi tempat kedua prtandingan JAWI

Cik Azarin menjuarai pErtandingan tulisan Jawi  kali ini

Kumpulan Al-Kauthar turut menerima  piala dan sijil.

Majlis bersurai pada pukul 8.15 pagi.




Minggu Panitia Pendidikan Islam 2012

Minggu Panitia Pendidikan Islam SMK Impian telah selamat diadakan pada 9-13 April yang lalu dengan jayanya. Pelbagai aktiviti telah diatur sepanjang minggu itu.   Kuiz harian yang diadakan semasa perhimpunan harian mendapat sambutan baik dari pelajar di kedua-dua sesi pagi dan petang.

Pada 12 April program 'Smart Solat' diadakan untuk pelajar terpilih dari Tingkatan 1. Program dijalankan di surau baru kami yang hampir sempurna. Syukur ke hadrat Ilahi kerana mendapat sambutan dan kerjasama dari pelajar terlibat. Ustaz Edham yang menjadi Penyelaras Program sentiasa menyokong perjalanan program sehingga ke penghujungnya.

Kelihatan Ustaz Edham sedang membimbing pelajar untuk menunaikan solat Dhuha

Tn.Hj.Buni meluangkan masa untuk melihat perjalanan program dan memantau perjalanan usaha baik pulih surau.



Sejuk mata memandang melihat anak-anak belajar solat Dhuha.....

PadaMu Ya Allah ku memohon......ampunkanlah dosa-dosa kami,..... dosa ibu bapa kami, ...., dosa guru-guru kami,........, sahabat-sahabat kami.... bimbinglah kami ke jalan yang Kau redai... ....AMIN....

Isnin, 2 April 2012

Kejuaraan itu sebuah kemenangan....



Tahniah buat anaknda kumpulan Al-Kauthar yang menduduki tempat ketiga dalam Festival Nasyid peringkat Daerah Johor Bahru.

Bukan angka yang menjadi ukuran. Tahniah atas usaha gigih yang berlatih tanpa jurulatih, bangkit dengan usaha ketua kumpulan Syed Salehuddin layak mendapat penghargaan dari kami.

Kamu tetap juara dan nombor satu di hati kami



Bergambar kenangan kemenangan tempat ketiga dalam Fetival Nasyid Sekolah Menengah Daerah Johor Bahru bersama Ustaz Nor Zaidi dari Jabatan Pelajaran Johor.


'POST' ISTIMEWA UNTUK PEMINAT

INDAHNYA BERJAMAAH

Tarikh 26 Mac 2012 mencatatkan sejarah buat buat warga SMK Kempas khasnya kepada sesi petang kerana mengadakan solat berjamaah buat kali pertama di atas lantai surau baru baru yang diubah suai dari Bengkel Pertanian.

Melihat anak-anak ting 1 dan 2 berdedai melangkah kaki ke surau, timbul satu perasaan yang sukar untuk diduga. Ya Allah jadikanlah kami di kalangan yang menjaga solat kami dan dari seluruh keturunan kami.

Terima kasih atas sumbangan dari seluruh warga Kempas . Seungguhnya ia mnjadi saksi dan sebagai saham di akhirat kelak.



Tempat mengambil wuduk yang selesa digunakan walaupun belum sempurna.
Kawasan perempuan yang masih dalam pembinaan.

Segala sumbangan wang ringgit atau material amat dialu-alukan bagi menyokong dan menjaga maslahat remaja akhir zaman kita untuk menunaikan solat lima waktu dengan sempurna.
wallahu a'lam.