Halaman

Selasa, 26 Mac 2013

MTQ Daerah Johor Bahru 2013



MTQ peringkat daerah Johor Bahru telah diadakan dengan jayanya di SMK Tasek Utara pada 16 Mac  lalu. Tahniah diucapkan kepada Panitia Pendidikan Islam Daerah Johor Bahru atas kejayaan cemerlang mengendalikan majlis besar itu . Liputan penuh boleh dilihat di sini.

Tahniah buat kumpulan Al-Kauthar atas kejayaan cemerlang meraih Naib Johan . Kejayaan ini mengimbau kedudukn yg sama pernah disandang pada tahun 2007 di SMK Md Khalid Johor Bahru.

Tahniah juga buat saudara Amirul bin Shafi atas kegigihannya menyertai prtandingan hafazan. Walaupun tempat saguhati, usaha beliau sangat kami hargai.

Terima kasih kepada Pengetua sekolah kami Pn Salbiah binti Noordin, Pn Rosliza Taib sebagai Penolong Kanan Kokurikulum dan Penolong Kanan 1, Pn Rogayah Abdullah  atas sokongan kepada kami menyertai pertandingan tersebut.

Gambar ini diambil sebaik sahaja selesai persembahan
 Ini sahabat kami dari SMK Tman Universiti, yang meraih Johan, setinggi-tinggi tahniah dari kami.

 Terima kasih kepada guru-guru kami.....

 Bergambar kenangan sebelum pulang.....




Sabtu, 16 Mac 2013

2013 Festival nasyid peringkat daerah Johor Bahru






AL-QURAN PENJANA WASATIYAH UMMAH
Al-Quran kalamullah
Wahyu minallah a’la yadi rasulillah

Cahaya Madinah bersinar kerlipan                                   
Turunnya al-Quran rahmat dari tuhan                             
Nabi Muhammad  menjadi pilihan
Pandu manusia menjana perubahan                                     

Semarakkanlah semangat perjuangan                              
Membangun negara dengan al-quran                                
Mejana transformasi mencipta kemajuan                       
Lantaran , al-Quran memacu membina ketamadunan    

Kehebatan al-Quran merentasi zaman
Penjana wasatiyah ummah sejagat
Generasi al-quran generasi terhebat
Menggilap dunia menuju akhirat ( 2x )

Wasatiyah itu kesederhanaan
Menyerupai konsep ummatan wasatan
Kebaikan ummah diamalkan
Keadilan ummah diterapkan
Dalam mencapai sebuah
Baldatun tayyibatun wa rabbun ghafur

Muslimin muslimat  kembalilah kita kepada
Ajaran sunnah Rasulullah dan al-Quran al-karim

(Al-Quran kitabullah)
(Al-Quran kalamullah)
(Al-Quran dusturullah)
(Al-Quran wahyu minallah)

Wajarkah insan mengabaikan Al-Quran
Sedangkan Al-Quran penunjuk jalan
Al-Quran,Al-kitab,Al-Bayan,Al-Furqan

Kitabullah wahyu dari ilahi
kitabullah penghias jati diri
kitabullah membentuk ummah mithali
kitabullah menjana transformasi

al-Quran penjana wasatiyah ummah
membimbing umat menyatukan fitrah
lestari mawaddah menuju maghfirah
mukjizat suci satu tuntutan khaira ummah

Lirik :Zuraini Khair
                        Lagu : Syed Salehuddin b. Syed Yahya



 



TUNTUTAN HAJI

Tuntasnya haji satu tuntutan
Dalam melengkapkan rukun Islam kelima
Runtun hati terima berita
Lambaian Kaabah di depan mata                            
Hamba yang lena menunggu setia
Perjalanan kan bermula
Segala ilmu dipenuhi
Kebersihan nurani dicari
Akhlak yang mulia mencerminkan diri
Untuk mengharap redha ilahi

Syariat ditaati
Larangan dijauhi
Niat yang ikhlas dihati
Syurga pastikan menanti

Niat yang tulus sunat di hati
Miqat makani menjadi saksi
Berrmulalah ihram larangan diri
Tanda setia seorang abdi

لَبَّيْكَ اللَّهُمَّ لَبَّيْكَ   لبَّيْكَ لَا شَرِيكَ لَكَ لَبَّيْكَ
 إِنَّ الْحَمْدَ وَالنِّعْمَةَ لَكَ وَالْمُلْكَ لَا شَرِيكَ لَكَ

Bumi yang gersang bertukar wajah
Lautan manusia di tanah arafah
Langit dibuka doa diterima
Muzdalifah dan Mina jangan dilupa

Jamrah pelengkap haji sempurna
Safa dan Marwah selesai ibadat
Indahnya pabila hidup bersyariat
Al-Quran As-Sunnah teman setia

Haji dan Hajjah bukan gelaran
Tapi tuntutan sebuah pengabdian
Iman dan Taqwa menjadi ukuran
Agar peroleh kemanisan iman

Lirik :Zuraini Khair
                          Lagu : Syed Salehuddin b. Syed Yahya
kedudukan : NAIB JOHAN