Halaman

Jumaat, 20 September 2013

Solat Hajat September 2013 - PMR/SPM

Pagi Jumaat nan indah semakin berseri dengan taman syurga dengan tazkirah ringkas pengisian ruhani yang disampaikan oleh Ustazah Noratiah.






Program solat hajat dimulakan dengan sesi pendaftaran yang bermula pada jam 6.30 petang di kantin.



Solat Maghrib berjamaah menyatukan kami : pelajar, ibu bapa dan guru...semoga Allah himpunkan ukhuwah ini dengan penuh barakah....
Seusai solat, bacaan Yasin dan tahlil ringkas dijalankan dengan penuh impian , doa dan harapan...



Tazkirah ringkas mengisi masa terluang sementara menanti Isyak .



Majlis berakhir selepas menunaikan solat Isyak berjamaah dan diikuti dengan solat Hajat. Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa kita menerima amalan yang dilakukan dan seterusnya memperkenankan doa-doa yang dibaca.....Allahul musta'an

dengan itu....
langkah-langkah kejayaan memerlukan usaha dan ikhtiar....

yakinlah dengan janji Allah...