Mampukah kita tersenyum....
Sahabat-sahabat, hayatilah tugas kita sebagai pendidik,dengan itu, hayatilah kata-kata hikmat ini :
• Sekeras keras batu dapat dihancurkan oleh titis air yang lembut. Begitu jua sekeras keras hati dapat ditundukkan oleh jirusan kata-kata lembut
• Hiduplah seperti pohon kayu yang lebat buahnya dibaling dengan batu lalu dibalas dnegan buah
• Setumpul tumpul belakang parang, kalau di asah pasti tajam oleh itu jangan di sangka sebodoh bodoh manusia tetap akan bodoh tanpa diberi pelajaran
Setelah dihayati, hargailah tugas pendidikan itu kerana di sebalik kepayahan itu terpancar keindahan yang berkilauan tapi beringatlah :
• Pandanglah kecantikan hanya suatu keindahan yang bukan untuk diagungkan agung kan. Begitu juga janganlah memandang keburukan suatu kehodohan atau kecelaan. Bersyukurlah atas apa yang dikurniakan kepada kita. Kerana kedua duanya adalah anugerah Allah
Puncak kepayahan seorang pendidik ialah mencari keikhlasan yang sebenar-benarnya....
• Keikhlasan seumpama seekor semut hitam dia atas batu hitam di malam yang amat kelam, ianya wujud tapi amat sukar dilihat. Jangan tertipu dengan terangnya bulan kerana di sebalik terang itu banyak kegelapannya
Mampukah kita tersenyum di sebalik kejayaan anak-anak kita....?
• Senyum di dalam kesedihan memberi 1000 persoalan untuk ditafirkan…tapi senyum dalam kegembiraan memberi 1000 jawapan kepada persoalan
kita pernah gembira dengan kejayaan mereka, kita juga pernah kecewa dengan beberapa siri kegagalan,
• Semalam adalah suatu kenangan hari ini adalah suatu kenyataan manakala esok adalah suatu penantian. Kenangan semalam hendaklah kita simpan buat pedoman di hari depan dan kenyataan hari ini hendaklah kita tempuhi dengan tabah tetapi kita juga harus bersedia untuk menanti hari esok yang merupakan suatu ketentuan.
seterusnya,amalkanlah Petua Mencuci Hati berikut untuk menjadi pendidik yang ikhlas demi anak bangsa dan agama Islam yang dijunjung agar tidak akan tergadai buat selama-lamanya....
1) Dirikan solat dan banyakkan berdo’a – Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo’a turut katakan “Ya,Allah jadikan hatiku bersih”
2) Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur, Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.
3) Solat taubat – Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.
4) Membaca Al-Quran – Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang-kurangnya bacalah “Qulhu-allah” sebanyak 3X.
5) Berma’af-ma’afan sesama kawan setiap hari – Semasa meminta maaf perlu sebutkan.
Assalamualaikum. Ahlan Wa Sahlan kepada semua.....
Selasa, 10 November 2009
Isnin, 9 November 2009
Duduk bermunajat mengangkat tangan,
Doa dibaca mohon diperkenankan,
Usaha dan tawakkal paut bergandingan,
Kejayaan dunia akhirat kami harapkan.
Alhamdulillah, pada 2 Oktober 2009 SMK Kempas telah berjaya melaksanakan Program Solat Hajat anjuran Panitia Pendidikan Islam. Program ini ialah acara tahunan yang diadakan khusus kepada pelajar–pelajar Tingkatan 3 dan 5 bersama ibu bapa mereka. Sesi pendaftaran bermula seawal jam 6.00 petang. Sementara menunggu waktu Maghrib, ibu bapa dan pelajar mengambil tempat di dalam dewan.
Solat Maghrib ditunaikan secara berjamaah dengan dipimpim oleh Ustaz Suhaimi. Tetamu jemputan seperti para pemimpin Persatuan Ibu Bapa dan Guru turut kelihatan. Sambutan dari ibu bapa pelajar amat menggalakkan sehingga memenuhi ruang dewan. Selepas selesai menyempurnakan solat Maghrib, bacaan Yasin dan tahlil mengisi ruang antara Maghrib dan Isyak.
Solat hajat malam itu dipimpin oleh Ustaz Muhammad Zain bin Watak dari Yayasan Pelajaran Johor. Sebelum menunaikan solat hajat beliau memberikan sedikit panduan kepada semua jamaah. Jamaah dari kalangan wanita terpaksa solat di bahagian luar dewan kerana sambutan yang sungguh luar biasa itu. Mereka hadir dengan tujuan yang satu iaitu mengharapkan keredaan Ilahi agar memberkati semua pelajar untuk memperoleh kejayaan cemerlang dalam peperiksaan yang bakal ditempuhi.
Alhamdulillah, solat hajat selamat disempurnakan dengan baik selepas Isyak tanpa sebarang gangguan. Sebelum pulang semua jamaah dipersilakan ke kantin untuk mendapatkan sedikit jamuan. Terima kasih kepada semua yang hadir untuk turut sama menjayakan program tersebut. Semoga Allah memberkati segala usaha dan memperkenankan segala doa yang dipanjatkan…. Amin Ya Rabbal Alamin….
Selasa, 27 Oktober 2009
2009 dalam kenangan
Alunan suara merdu kedengaran ,
Menghilangkan gundah gulana dan gusar,
Tersenyum megah dalam sebarisan,
Gagah berdiri pemuda al-Kauthar.
Kan ku pahat di dalam hati,
Dalam ingatan sepanjang zaman,
Kenangan al-Kauthar kenangan abadi,
Tersenyum bangga sebagai Johan.....
Pada 26 April 2009 kumpulan nasyid popular SMK Kempas, Al-Kauthar, telah menyertai pertandingan nasyid anjuran Biro Kesenian, Kebudayaan, dan Warisan, Pergerakan Wanita, Pertubuhan Pemuda dan Pertubuhan Puteri UMNO Bahagian Pulai yang bertempat di Dewan Besar, Kompleks Tan Sri Mohamed Rahmat Johor Bahru.
Kami mengetahui pertandingan tersebut melalui iklan di dalam internet. Guru kami menghubungi pihak penganjur untuk mengikuti pertandingan tersebut. Latihan dijalankan hanya dua hari berturut-turut. Kami berlatih bersungguh-sungguh untuk memastikan agar tidak kecewa dalam pertandingan tersebut. Memandangkan antara syarat pertandingan boleh menggunakan minus-one, kami juga tidak ketinggalan utnuk menggunakannya. Dengan dibantu oleh Mohd Mustakim, rakan kami, beliau menghubungi sahabatnya untuk mendapatkan perkhidmatan untuk menghasilkan irama minus-one untuk kami.
Guru-guru yang kami mengiring kami ialah Pn Zuraini dan Pn Nor Azmah. Cik Izyan turut membantu menghantar peserta ke tempat pertandingan. Sebanyak lapan kumpulan yang menyertai pertandingan tersebut dari berbagai peringkat umur. Al-Kauthar mendapat giliran keempat dalam pertandingan itu. Giliran dinanti dengan penuh debaran. Sebaik sahaja giliran dipanggil Al-Kautthar melangkah dengan penuh yakin. Tak dapat digambarkan perasaan ketika itu. Guru pengiring yang mengiring kami turut berdebar-debar. Pn Zalina selaku Penolong Kanan Kokurikulum turut hadir menyaksikan pertandingan itu.
Namun, tidak ada siapa dapat menduga dan tiada siapa yang mampu menolak takdir. Al-Kauthar telah diumumkan sebagai Johan dalam pertandingan tersebut. Bagai berada di awang-awangan ketika diumumkan sebagai Johan. Itulah kenangan terindah kami tahun bertuah 2009 ini. Syabas kepada semua ahli kumpulan. Terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak pentadbiran kerana memberi kebenaran kepada kami untuk menyertai pertandingan tersebut memandangkan pertandingan diadakan pada hari Ahad. Kepada guru-guru Persatuan Pendidikan Islam dan Nasyid, jasamu kan kami kenang ke akhir hayat.
Jumaat, 23 Oktober 2009
MOTTO
1. Melahirkan individu yang berketrampilan dan bersakhsiah mulia.
2. Memahirkan para pelajar dengan ajaran agama dan fardhu ain
2. Memahirkan para pelajar dengan ajaran agama dan fardhu ain
GURU-GURU PENDIDIKAN ISLAM
Panitia Pendidikan Islam SMK Kempas mempunyai 7 orang guru Pendidikan Islam iaitu Pn Nor Azmah, Pn Wan Norsiah, En. Suhaimi, Pn Zuraidah, Pn Norlin, Pn Zuraini dan Pn Rasnida
Aktiviti Panitia Sepanjang Tahun 2009
- Pentas Muhadharah
- Majlis Solat Hajat
- Program Bina Insan
- Sambutan Maal Hijrah
- Sambutan Israk Mikraj
- Sambutan Nisfu Syaaban
- Ihya' Ar-Ramadan
Kenali Diri
SMK Kempas terletak di Jalan Dataran 4, Taman Kempas, Johor Bahru. Ditubuhkan pada tahun 1998.
Panitia Pendidikan Islam SMK Kempas adalah salahsatu panitia yang ditubuhkan dengan fungsi untuk membantu sekolah, guru dan pelajar meningkatkan prestasi mata pelajaran tersebut. Mempunyai 7 orang guru terlatih yang terdiri daripada 6 guru perempuan dan seorang guru lelaki.
Langgan:
Catatan (Atom)