Di bulan mulia ini, sama-samalah kita jaga adab-adab berpuasa. Antara adab-adabnya ialah :
1. Diriwayatkan dari Sahal bin Sa’ad : Sesungguhnya Nabi saw telah bersabda
: Manusia ( ummat Islam ) masih dalam keadaan baik selama mentakjilkan
(menyegerakan) berbuka. ( H.R : Al-Bukhary dan Muslim)
2. Diriwayatkan dari Salman bin Amir, bahwa sesungguhnya Nabi saw. telah
bersabda : Apabila salah seorang diantara kamu puasa hendaklah berbuka
dengan kurma, bila tidak ada kurma hendaklah dengan air, sesungguhnya air itu bersih. ( H.R : Ahmad dan At-Tirmidzi )
3. Diriwayatkan dari Ibnu Umar : Adalah Nabi saw. selesai berbuka
Beliau berdo’a (artinya) telah pergi rasa haus dan menjadi basah semua
urat-urat dan pahala tetap ada Insya Allah. ( H.R : Ad-Daaruquthni dan
Abu Daud hadits hasan )
4. Diriwayatkan dari Al-Miqdam bin Ma’di Yaqrib, dari Nabi saw.
bersabda : Hendaklah kamu semua makan sahur, karena sahur adalah makanan
yang penuh berkah. ( H.R : An-Nasa’i )
5. banyak bersedekah.... Diriwayatkan dari Ibnu Abbas ra. ia berkata :Adalah Rasulullah saw.
orang yang paling dermawan dan beliau lebih dermawan lagi pada bulan
Ramadhan ketika Jibril menemuinya,
6. menghidupkan malam.... Diriwayatkan dari Abu Hurairah, ia berkata :Adalah Rasulullah saw.
menggalakkan qiyamullail (shalat malam ) di bulan Ramadhan tanpa
memerintahkan
secara wajib, maka beliau bersabda : Barang siapa yang shalat malam
di bulan Ramadhan karena beriman dan mengharapkan pahala dari Allah,
maka diampuni baginya dosanya yang telah lalu. ( H.R : Jama’ah )
7. berusaha mencari lailatulqadar...Diriwayatkan dari Aisyah ra. Sesungguhnya Rasulullah saw. telah bersabda
: berusahalah untuk mencari lailatul qadar pada sepuluh malam terakhir.
(H.R : Muslim )
8. beri'tikaf dan
9. Menjauhi perkataan dan perbuatan keji dan menjauhi pertengkaran.
Namun begitu terdapat juga golongan
yang puasanya tidak bernilai di sisi Allah SWT. Mereka hanya mendapat
lapar dan dahaga sahaja. Hal ini disebut dalam sebuah hadis,
كم من صائم ليس له من صومه إلا الجوع والعطش
Maksudnya: “Berapa banyak orang
yang berpuasa tetapi dia tidak mendapat apa-apa dari puasanya kecuali
hanya lapar dan dahaga.” (Riwayat Ibnu Majah)
1.Melakukan syirik kepada Allah SWT
Firman Allah SWT,
"Sesungguhnya Allah SWT tidak akan
mengampuni dosa syirik dan Dia mengampuni segala dosa yang selain dari
(Syirik) itu, bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya. Barangsiapa yang
menyengutukan Allah sesungguhnya dia telah berbuat dosa yang besar”.
(Surah An-Nisak : 48)
Di antara contoh-contoh amalan syirik yang masih menebal dalam masyarakat Melayu ialah :
1. Percaya kepada bomoh dan juga tukang ramal.
Sabda Rasulullah saw,
مَنْ أَتَى عَرَّافًا فَسَأَلَهُ عَنْ شَيْئٍ فَصَدَّقَهُ بِمَا يَقُولُ ، لَمْ تُقْبَلْ لَهُ صَلاَةٌ أَرْبَعِيْنَ يَوْمًا
Maksudnya : "Barangsiapa yang
mendatangi bomoh (tukang tilik) untuk bertanya sesuatu lalu dia
membenarkan apa yang bomoh itu katakan, maka tidak akan diterima
solatnya selama empat puluh hari". (HR Muslim )
Dalam sebuah lagi hadis daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya Nabi s.a.w. bersabda:
مَنَ أَتَى كَاهِنًا فَصَدَّقَهُ بِمَا يَقُوْلُ فَقَدْ كَفَرَ بِمَا أُنْزِلَ عَلَى مُحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
Maksudnya : "Sesiapa yang datang
kepada bo¬moh atau tukang tilik dan membenarkan apa yang diper¬katakan
olehnya sesungguhnya dia telah kufur dengan apa yang telah diturunkan
kepada Muhammad s.a.w." (HR Ahmad dan Abu Dawud)
2. Memakai tangkal dan juga pengasih
Sabda Rasulullah saw,
إِنَّ الرُّقَى وَالتَّمَائِمَ وَالتِّوَلَةَ شِرْكٌ
Maksudnya : "Sesungguhnya jampi, tangkal dan pengasih itu adalah syirik." (HR Ahmad dan Abu Daud).
3. Percaya sesuatu boleh mendatangkan sial.
Sabda Rasulullah saw,
"Tiada jangkitan, tiada sial, iada kemudharatan
burung, tiada bala bulan Safar dan larilah engkau dari orang yang
berpenyakit kusta seperti mana engkau lari dari singa". (HR Bukhari)
Contoh kepercayaan tidak
boleh ambil gambar bertiga kerana salah seorang daripadanya akan mati
cepat. Tidak boleh memancing ikan ketika isteri sedang mengandung kerana
dikhuatiri anak yang akan dilahirkan sumbing. Jangan tunjuk pelangi,
nanti tangan akan kudung dan lain-lain lagi.
Segala amalan orang yang syirik bagaikan debu di sisi Allah SWT sebagaimana firman-Nya,
“Dan
Kami hadapi segala amal yang mereka lakukan, lalu Kami jadikan amal
itu bagaikan debu yang berterbangan”. (Surah Al-Furqan ayat 23)
2. Meninggalkan solat fardhu
Sheikh ‘Atiyah Saqar
(1914-2006) seorang ulama besar Islam yang mengarang kitab al-Fatawa;
Min Ahsanil-Kalam Fi al-Fatawa Wa al-Ahkam” menjelaskan dalam fatwanya;
“Barangsiapa yang berpuasa tanpa menunaikan solat, puasanya adalah
sah dan tidak wajib ia mengulanginya. Akan tetapi dari segi penerimaan
(Allah) terhadapnya, berdasarkan pertunjuk daripada hadis-hadis Nabi
saw, maka puasanya tidak diterima oleh Allah SWT".
Dalilnya,
إِنَّ أَوَّلَ مَا يُحَاسَبُ بِهِ الْعَبْدُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ مِنْ عَمَلِهِ صَلَاتُهُ
Maksudnya
: “Sesungguhnya amalan yang pertama dihitung pada hari kiamat ke atas
seseorang Islam itu ialah solat fardhunya".(HR Tirmidzi)
Prof. Yusuf Al-Qardhawi dalam fatwanya menjelaskan, mereka yang meninggalkan solat hilanglah hak persaudaraan dalam Islam.
Dalilnya ialah firman Allah dalam surah At-Taubah ayat 11,
“
Jika mereka bertaubat, mendirikan sholat dan menunaikan zakat, Maka
(mereka itu) adalah saudara-saudaramu seagama. dan kami menjelaskan
ayat-ayat itu bagi kaum yang Mengetahui.”(11)
3.Derhaka kepada ibu bapa
كل الذنوب يغفر الله منها ما شاء إلا عقوق الوالدين فإنه يعجل لصاحبه
العقوبة فى الحياة قبل الممات
Maksudnya
: "Segala dosa diampuni Allah daripadanya mana yang Dia kehendaki
kecuali dosa derhaka kepada ibu bapa. Sesungguhnya dosa derhaka terhadap
ibubapa mencepatkan balasan azab ketika hidup dan sebelum mati".
4.Memutuskan silaturrahim
تُعْرَضُ
اْلأَعْمَالُ فِى كُلِّ يَوْمِ خَمِيْسٍ وَاثَنَيْنٍ فَيَغْفِرُ اللهُ
عَزَّ وَجَلَّ فِى ذَلِكَ الْيَوْمِ لِكُلِّ امْرِئٍ لاَ يُشْرِكُ بِاللهِ
شَيْئًا إِلاَّ امْرَأً كَانَتْ بَيْنَهُ وَبَيْنَ أَخِـيْهِ شَحْنَاءٌ
فَيُقَالُ لَـهُ: اُتْرُكُوا هَذَيْنِ حَتَّى يَصْطَلِحَـا ، اُتْرُكُوا
هَذَيْنِ حَتَّى يَصْطَلِحَـا
Maksudnya
: "Dilaporkan (kepada Allah) semua perbuatan orang pada setiap hari
khamis dan Isnin (dalam seminggu), lalu Allah 'Azza Wa Jalla
mengampuninya pada hari itu (juga) kepada setiap orang yang tidak syirik
(menyengutukan) sesuatu dengan-Nya, kecuali siapa saja yang terjadi
antara dia dan saudaranya (seiman) sengketa permusuhan; iaitu Allah
berfirman untuknya: Tinggalkanlah (jangan dihapus dosa) kedua dua (orang
yang bersengketa) ini, sehingga mereka berdua berdamai , tinggalkanlah
(jangan dihapus dosa) kedua dua (orang yang bersengketa) ini, sehingga
mereka berdua berdamai".(HR Muslim)
5.Mengumpat
Rasulullah saw bersabda :
"Barangsiapa
yang tidak meninggalkan perkataan dusta dan ghibah (mengumpat) maka
tiada erti di sisi Allah baginya berpuasa dari makan dan minum" (HR
Bukhari).