Assalamualaikum. Ahlan Wa Sahlan kepada semua.....
Jumaat, 20 Januari 2012
MALAS SOLAT......?
Kalau marahkan anak-anak ibu bapa sering bertanya...dah solat belum ?
akan tetapi pernahkah kita terfikir untuk bertanya diri kita sendiri..... sempurnakah solat kita ..?
Solat yang didefinisikan dari segi bahasa sebagai doa memang penuh dengan doa. Subhanallah....alangkah bahagianya mereka yang dapat menikmati kemanisan solat, namun kita masih bertanggungjawab mempertingkatkan darjah solat kita agar lebih baik dari semasa ke semasa.
Dalam satu kajian ustaz-ustaz bijak pandai, ada tiga sebab mengapa manusia meninggalkan solat.
1- SIBUK - jelas dilihat pada waktu zuhur dan asar yang manusia sibuk dengan kerja.
2- MALAS - ketara dilihat pada waktu Subuh.
3- dan ketiga....TANPA SEBAB...... bila ditanya kenapa tak solat....em..emm.. ntah ya...tanpa sebab...
Kita lihat pula sebab-sebab mengapa kita perlu solat :
- tanda keabdian kepada Allah
- bukti orang Islam berbanding kafir
- tanda syukur ke atas segala nikmatNya
Marilah kita sama2 berusaha perbaiki diri kita dan seluruh keluarga dari api neraka amin....
Langgan:
Catatan (Atom)