Kehadiran guru yang berkesan menunjukkan betapa kita memang dahagakan ilmu dari orang alim seperti beliau. Ceramah yang disampaikan dalam Bahasa Arab diterjemahkan oleh Habib Ali Zainal Abidin dengan bahasa yang indah sangat memukau hadirin yang memenuhi dewan.
Antara isu menarik yang dibincangkan ialah keperluan guru bertindak sebagai dai dalam usaha mendekati remaja sebagai generasi akan datang sangat penting dan memerlukan usaha yang berterusan. Rasulullah ialah contoh terbaik yang sangat popular dalam kes mendekati remaja dan belia.
Sesi soal jawab turut mendapat sambutan guru-guru hingga ada yang kecewa kerana tidak berpeluang mengajukan soalan kepada Habib Allamah. Masa sangat mencemburui program ditambah lagi suasana tengahari Jumaat yang semakin hampir.
Salah seorang guru yang bertuah yang sempat bertanyakan soalan. |
Dewan penuh dengan insan yang dahagakan ilmu dan motivasi dari orang alim.. |
Para hadirin yang tidak mahu melepaskan peluang bersalaman dengan tetamu istimewa sebelum bersurai. |