Assalamualaikum. Ahlan Wa Sahlan kepada semua.....
Selasa, 26 Mac 2013
MTQ Daerah Johor Bahru 2013
MTQ peringkat daerah Johor Bahru telah diadakan dengan jayanya di SMK Tasek Utara pada 16 Mac lalu. Tahniah diucapkan kepada Panitia Pendidikan Islam Daerah Johor Bahru atas kejayaan cemerlang mengendalikan majlis besar itu . Liputan penuh boleh dilihat di sini.
Tahniah buat kumpulan Al-Kauthar atas kejayaan cemerlang meraih Naib Johan . Kejayaan ini mengimbau kedudukn yg sama pernah disandang pada tahun 2007 di SMK Md Khalid Johor Bahru.
Tahniah juga buat saudara Amirul bin Shafi atas kegigihannya menyertai prtandingan hafazan. Walaupun tempat saguhati, usaha beliau sangat kami hargai.
Terima kasih kepada Pengetua sekolah kami Pn Salbiah binti Noordin, Pn Rosliza Taib sebagai Penolong Kanan Kokurikulum dan Penolong Kanan 1, Pn Rogayah Abdullah atas sokongan kepada kami menyertai pertandingan tersebut.
Gambar ini diambil sebaik sahaja selesai persembahan
Ini sahabat kami dari SMK Tman Universiti, yang meraih Johan, setinggi-tinggi tahniah dari kami.
Terima kasih kepada guru-guru kami.....
Bergambar kenangan sebelum pulang.....
Sabtu, 16 Mac 2013
2013 Festival nasyid peringkat daerah Johor Bahru
AL-QURAN PENJANA WASATIYAH UMMAH
Al-Quran
kalamullah
Wahyu minallah a’la yadi rasulillah
Cahaya
Madinah bersinar kerlipan
Turunnya
al-Quran rahmat dari tuhan
Nabi
Muhammad menjadi pilihan
Pandu
manusia menjana perubahan
Semarakkanlah
semangat perjuangan
Membangun
negara dengan al-quran
Mejana
transformasi mencipta kemajuan
Lantaran
, al-Quran memacu membina ketamadunan
Kehebatan
al-Quran merentasi zaman
Penjana
wasatiyah ummah sejagat
Generasi
al-quran generasi terhebat
Menggilap
dunia menuju akhirat ( 2x )
Wasatiyah
itu kesederhanaan
Menyerupai
konsep ummatan wasatan
Kebaikan
ummah diamalkan
Keadilan
ummah diterapkan
Dalam
mencapai sebuah
Baldatun
tayyibatun wa rabbun ghafur
Muslimin
muslimat kembalilah kita kepada
Ajaran
sunnah Rasulullah dan al-Quran al-karim
(Al-Quran kitabullah)
(Al-Quran kalamullah)
(Al-Quran dusturullah)
(Al-Quran wahyu minallah)
Wajarkah
insan mengabaikan Al-Quran
Sedangkan
Al-Quran penunjuk jalan
Al-Quran,Al-kitab,Al-Bayan,Al-Furqan
Kitabullah
wahyu dari ilahi
kitabullah
penghias jati diri
kitabullah
membentuk ummah mithali
kitabullah
menjana transformasi
al-Quran
penjana wasatiyah ummah
membimbing
umat menyatukan fitrah
lestari
mawaddah menuju maghfirah
mukjizat
suci satu tuntutan khaira ummah
Lirik
:Zuraini Khair
Lagu : Syed
Salehuddin b. Syed Yahya
TUNTUTAN HAJI
Tuntasnya haji satu tuntutan
Dalam melengkapkan rukun Islam
kelima
Runtun hati terima
berita
Lambaian Kaabah di depan
mata
Hamba yang lena menunggu setia
Perjalanan kan bermula
Segala ilmu dipenuhi
Kebersihan nurani dicari
Akhlak yang mulia mencerminkan
diri
Untuk mengharap redha ilahi
Syariat ditaati
Larangan dijauhi
Niat yang ikhlas dihati
Syurga pastikan menanti
Niat yang tulus sunat di hati
Miqat makani menjadi saksi
Berrmulalah ihram larangan
diri
Tanda setia seorang abdi
Bumi yang gersang bertukar
wajah
Lautan manusia di tanah
arafah
Langit dibuka doa diterima
Muzdalifah dan Mina jangan
dilupa
Jamrah pelengkap haji sempurna
Safa dan Marwah selesai ibadat
Indahnya pabila hidup
bersyariat
Al-Quran As-Sunnah teman setia
Haji dan Hajjah bukan gelaran
Tapi tuntutan sebuah
pengabdian
Iman dan Taqwa menjadi ukuran
Agar peroleh kemanisan iman
Lirik :Zuraini Khair
Lagu : Syed
Salehuddin b. Syed Yahyakedudukan : NAIB JOHAN
Langgan:
Catatan (Atom)