Halaman

Jumaat, 3 Januari 2014

Selamat Datang 2014

2013 meninggalkan kita dengan pelbagai kenangan pahit dan manis. Perkara yang manis kita jadikan kenangan, yang pahit kita jadikan pengajaran. Bertambahnya usia dengan kedatangan tahun baru ini, kita berharap agar bertambah jugalah kematangan dalam pemikiran, tindakan dan segala urusan yang dilalui.

Sesungguhnya benarlah kata Allah : " Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah nasib mereka sendiri " surah ar-Ra'd, 11

Justeru, pilihan di tangan kita.....

sebagai guru.....mari kita berusaha bekerja dengan bersungguh-sungguh, mengajar, mendidik, membimbing, menegur, bersedia untuk ditegur dan sentiasa berdoa kepada Allah mohon segala usaha diredai..

sebagai pelajar.....taatlah kepada Allah yang menjadikan kamu, kepada ibu bapa yang melahirkan kamu, dan kepada guru-guru yang mendidikmu di sekolah, belajar lah dari kesilapan lalu, berusahalah mencari yang terbaik, menggarap kejayaan yang tertinggi, dan menempa kenangan yang terindah dalam hidupmu.

SABAR lah..., perkataan terbaik ketika menerima ujian,


BERUSAHA  lah....
tiada kejayaan yang datang sekelip mata...tanpa usaha...


Wallahu a'lam..