Halaman

Rabu, 30 April 2014

Minggu Panitia Pendidikan Islam SMK Kempas 2014

Tarikh : 24 -29 April 2014
Aktiviti :
Pelancaran perasmian "Pernikahan"
Bengkel Smart Solat
Bengkel Smart Jawi
Kuiz Harian
Pertandingan azan
Pertandingan ejaan jawi
Pertandingan hukum tajwid


Pelancaran perasmian Minggu Panitia tahun ini pasti akan menggamit kenangan buat kami dan mereka yang terlibat.  Kelainan kali ini ialah gimik 'PERNIKAHAN' yang diadaptasi daripada silibus Tingkatan 5.
Barisan pelakon-pelakon hebat kami mendapat bimbingan sepenuhnya daripada guru-guru Pendidikan Islam danTasawwur Islam sesi pagi. Majlis diserikan dengan kehadiran "ibu dan bapa" pengantin kedua " mempelai ".

Majlis yang lengkap dengan wali, saksi, tok imam, keluarga pengantin kedua mempelai dan barang-barang hantaran dijalankan pada waktu Bina Insan Khamis 24 April 2014. Para pelajar dan guru yang menyaksikan majlis tersebut tidak kering gusi dengan telatah mereka yang mencuit hati.

TAHNIAH.














Bengkel Smart Solat dan Smart Jawi..





  Pertandingan Azan...








Selasa, 8 April 2014

Tafaqquh Ilmi : Model Pendidikan Ahmad Ammar

Tarikh : 6 April 2014
Tempat : Kompleks Islam Johor Bahru
Masa : 8.00-2.00

Sehari bersama kedua ibu bapa terpilih ini sangat menyentuh perasaan. Terbayang kebahagiaan dalam keluarga sakinah  didikan murabbi ini jelas menunjukkan keperibadian mulia yg taerdapat dalam diri almarhum.

Ahmad Ammar, belia hebat yang dijemput Ilahi di bumi Turki, maut dalam nahas jalanraya dilanggar sebuah ambulan. Kematiannya lebih dikenali dari hayatnya...itulah insan yang dimuliakan Allah. Kita tak pernah dengar pun nama itu sebelum ini, tiba-tiba muncul setelah nyawanya diambil.

Fenomena ini menunjukkan kepada kita beberapa pengajaran ...:
1- Mulia di dunia bukan penentu mulia di sisi Allah.
2- Segala pangkat, gelaran, harta dan jawatan bukan ukuran sebuah nilai kemanusiaan sempurna.
3- Kepentingan didikan ibu bapa yang mencorakkan seseorang anak amat jelas seperti yang digambarkan oleh hadis Rasulullah saw .
4-Pengajaran kepada kita golongan ibu bapa muda bagaimanakah persediaan kita untuk mencorak anak-anak kita seterusnya selepas ini.
5-Galakan dan dorongan kepada golongan muda untuk mengikut jejak langkah kebaikan kalau tidak pun seperti almarhum malah boleh jadi lebh baik lagi dengan ruang dan peluang yang ada.

Semoga Allah mencucuri rahmat yang tidak berbelah bagi kepada almarhum, dan semoga kita mampu meletakkan KPI terbaik untuk anak kita dan generasi muda hari ini.

Wallahu a'lam.

 Kehadiran....
 


ibu bapa hebat