Halaman

Jumaat, 15 April 2011

PERTANDINGAN NASYID DAERAH JOHOR BAHRU 2011

9 April 2011 mencatatkan kenangan indah kepada Kumpulan Al-Kauthar kerana berpeluang menyertai Pertandingan Nsyid Sekolah-sekolah Daerah Johor Bahru sebaris dengan SM Teknik Perdagangan , SMK Taman Universiti dan Sekolah Tun Fatimah Johor Bahru.

Penyertaan ini adalah lanjutan daripada kemenangan tempat kedua yang hanya kalah tipis di tempat kedua di belakang SMK Taman Universiti. Latihan intensif dalam dua minggu terakhir menunjukkan usaha gigih yang penuh dengan impian dan harapan. Al-Kauthar tahun ini bergerak sendiri tanpa jurulatih tetap yang pernah ada di belakangnya. Namun Al-Kauthar berterima kasih kepada Penolong Kanan Kokurikulum , Pn.Zalina yang sentiasa berada di belakang kami.

Terima kasih juga kepada semua guru-guru Pendidikan yang sentiasa memberikan sokongan dan dorongan dalam setiap kejayaan Al-Kauthar. Biarpun tahun ini hanya mendapat tempat keempat,namun Al-Kauthar tetap berbangga dan bersyukur kerana diberi peluang oleh Allah untuk mengenengahkan bakat yang ada dan berjaya keluar dari zon Skudai. Sesungguhnya kejayaan ini sudah cukup besar buat Al-Kauthar.


peserta yang sedang sabar dan berdebar-debar menunggu giliran


barisan pemuzik sedang memulakan persembahan.



Al-Kauhar berdiri gagah mengalunkan suara di Dewan SMK Nusajaya.

Sabtu, 2 April 2011

PROGRAM PENGUKUHAN SOLAT 2011

Salah satu agenda dalam Minggu Panitia Pendidikan Islam tahun ini ialah Program Pengukuhan Solat yang diadakan pada 30 April 2011 khusus kepada anak-anak Ting 1 dan 2. Seramai 30 orang pelajar terpilih untuk mengikuti program tersebut dari kelas yang berasingan lelaki dan perempuan.

Pelajar bersemangat mengikuti program tersebut. Kehadiran mereka yang datang awal menunjukkan kesungguhan untuk mengikuti program. Semoga kesungguhan itu tidak hanya lahir untuk hari ini dan semoga mereka benar-benar mengambil dari apa yang mereka pelajari.

Program yang lebih bersifat kepada bimbingan ini dipimpin oleh Ustaz Edham, Pn.Norlin dan Pn.Zuraini.Pelajar dibahagikan kepada tiga kelompok. Guru bertindak sebagai fasilitator di dalam kelompok itu. Buku PAFA diberikan percuma kepada mereka sebagai pendamping utama yang mampu memimpin mereka melaksanakan rukun kedua itu.

Pelajar juga dibawa melakukan praktikal wuduk. Bimbingan ini diharap terpahat di dalam lipatan sanubari rohani mereka sampai bila-bila. Apa yang lebih penting sebenarnya ialah bimbingan berterusan di luar sekolah kerana kehidupan mereka di sekolah hanya beberapa jam sahaja.



Selasa, 1 Mac 2011

LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN 2011

2011 membuka tirai Panitia Pendidikan Islam dengan Latihan Dalam Perkhidmatan yang diadakan di Pusat Sumber pada 26 Febuari yang lalu. Ketua Panitia kami Pn. Nor Azmah mengetuai program dengan pengisian program yang padat.





Antara agenda utama dalam LDP tersebut ialah Plan-J yang diselaraskan oleh Penyelaras setiap Tingkatan. Perbincangan isu-isu semasa mengisi ruang perbincangan kami pada hari tersebut. Panitia mengalu-alukan kehadiran guru baru Ustaz Azizul dalam keluarga kami. semoga ikatan ukhwah yang terjalin sentiasa di bawah rahmat Allah selalu.

LDP yang bermula seawal jam 8 pagi berakhir dengan jamuan ringkas sebelum bersurai pada jam 12.30 tengahari.




Selasa, 25 Januari 2011

Selamat tahun baru hijrah

Di manakah kita tahun baru ini? Satu persoalan yang menuntut jawapan yang tersirat bukan sahaja tersurat. Tentu sahaja jawapan tersirat itu hanya kita dan pencipta sahaja yang tahu. Tirai 2010 yang dilabuhkan banyak meninggalkan kenangan pahit manis. Ada yang sukar dilupakan, ada yang telah dilupakan, malah ada yang terpaksa dilupakan , atau pun terlalu sukar untuk diingati. Tidak lupa juga wajah-wajah comel pelajar-pelajar atau bekas-bekas pelajar yang bayangan mereka datang dan pergi dengan seribu kenangan.
Tahun 2011 ini, kita tetap berdiri sebagai seorang guru. Mungkin kita berada di sekolah yang sama, atau ada yang sudah berpindah. Mungkin kita akan masih berhadapan dengan murid yang sama. Adakah kita akan berdiri sebagai seorang guru yang sama? Menggunakan peralatan yang sama? Corak dan gaya pengajaran yang sama ? Inilah yang akan kita dalami dan halusi di tahun baru ini.
Saban tahun kita diajar untuk menanam azam baru pada setiap tahun baru. Kalau tidak diajar pun kita sendiri mengalami suasana baru yang meluap-luap rasanya untuk mencari kelainan. Tetapi apa yang berlaku ialah setiap tahun juga kita mengalami suasana hangat-hangat tahi ayam, atau langit tidak selalu cerah. Apakah sebenarnya yang berlaku di sebalik semua itu. Apakah azam yang salah ? Atau azam terlalu banyak atau tersilap membuat pilihan? Semakin lama difikirkan semakin banyak masalah yang timbul yang semakin sukar diselesaikan. Mari kita cuba selesaikan satu persatu.
Pertama, berazam kerana Allah. Pasanglah niat yang baik kerana Allah. Allah tidak akan mensia-siakan setiap kebaikan malah dikurniakan ganjaran lagi.
إنما الأعمـــال بالنـيـــات

Kedua, berusahalah dengan diiringi doa, atau dengan kata lain, berdoalah kepada Allah dan mengharap bantuanNya. Ini jelas dalam firman Allah swt,
ادعوني أستجب لكـــم
yang bermaksud berdoalah kepadaKu, nescaya akan Ku kabulkan doa kamu.
Ketiga dan terakhir, bertawakkal kepada Allah. Sekiranya kamu telah berazam, bertawakkallah kepada Allah
فإن عزمت فتوكـــل على اللـــه
Sekiranya kamu telah berazam, bertawakkallah kepada Allah.
Bahagian terakhir inilah yang selalu dilupakan. Konsep tawakkal pula bukan sekadar kata-kata, tidak cukup juga dengan hanya memasang niat.
Kegagalan meletakkan tawakkal yang tinggi kepada Allah merupakan salah satu faktor yang menyumbang kepada kegagalan azam untuk dicapai.
Ayuh sahabat, Allah sentiasa bersama-sama kita.


(Risalah ini belum diterbitkan bagi tahun 2011)

KENANGAN 2010

2010 meninggalkan kita. Terlalu banyak kenangan suka duka yg datang dan pergi. Walaupun telah lama berlalu, masih banyak kenangan-kenangan yang masih terbayang-bayang di ruang mata.

MTQ bakal mengundang halaman kita sekali lagi. Sisipan tajuk telah pun diterima. Bengkel membuat teks syarahan pun akan bermula esok. Diharap teks-teks akan sampai ke tangan kita semua tidak lama lagi.

Namun sebenarnya kita tidak boleh mengharap teks tersebut semata-mata. Sedar akan kelemahan diri, namun kami sendiri pun bagai tiada kekuatan untuk mencipta dan menghasilkannya disebabkan kesibukan yang melanda.

Ingin kami kongsi kejayaan kami tahun lepas di ruang ini. Walaupun telah lama berlalu tapi oleh kerana baru siap, ia seolah-ola hmasih baru. Auranya masih lagi terasa. Kedudukan ketiga meletakkan kami di zon selesa dalam bidang nasyid. Kami ketandusan kepakaran dalam pelbagai aspek. Tapi wajah anak2 yang bagai merayu-rayu ketika mendatangi saya tempohari bagai menarik semula semangat yang hampir hilang. Terima kasih anak2ku.... kalian benar2 telah mengubat luka ini.

Berikut ialah laporan pertandingan yang kami sertai yang di peringat Daerah Johor Bahru.


Tarikh : 17 April 2010
Tempat : SMK Bukit Indah
Masa : 8.00 pagi- 2,00 petang

Tahun 2010 sekali lagi menyaksikan Kumpulan Al-Kauthar menyertai Pertandingan Nasyid Sekolah-sekolah Menengah Peringkat Daerah Johor Bahru. Walaupun kedudukan Naib Johan di Peringkat Zon Skudai di zon selesa namun peluang ke peringkat daerah amat kami hargai. Kemenangan tempohari yang diibaratkan sebagai sekadar mengubat luka terasa hilang kesakitannya apabila menanti debaran ke peringkat daerah.

Saingan utama kami kali ini ialah tidak lain dan tidak bukan Johan Peringkat Zon Skudai yang mendahului kami tempohari iaitu dari SMK Taman Universiti, Sekolah Menengah Teknik Perdagangan dan Sekolah Menengah Tun Fatimah. Giliran undian pertama selalu menyebelahi kami. Namun “alah bisa tegal biasa” dan “alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan”, itulah kata-kata semangat yang dilontarkan oleh Pn Zuraini selaku guru pengiring yang menemani kami sepanjang hari bersama Pn Zuraidah.

Latihan musim ini kami dibantu sepenuhnya dengan bimbingan saudara Mohd Mustakim bin Abdul Raof. Kami amat terhutang budi dengan tunjuk ajar dan kesabarannya membimbing kami. Beliaulah insan yang bertanggungjawab dalam latihan vokal dan persembahan. Kami tidak akan lupakan jasa dan sumbangan yang dicurahkan selama ini.

Kami lalui giliran dengan tenang. Alhamdulillah tiada cacat cela yang mengganggu emosi kami. Kami ikuti agenda pertandingan dengan menyaksikan kumpulan-kumpulan lawan. Berdebar-rasa rasa hati melihat kebolehan hebat mereka. Dalam hati kecil kami hanya mampu berdoa, sekiranya ada rezeki kami tahun ini, permudahkanlah Ya Allah…….. .

Keputusan diumumkan, kami akur dengan ketentuan Ilahi. Kedudukan ketiga di belakang SM Teknik Perdagangan dan SMK Taman Universiti diterima dengan hati yang terbuka. Al-Kauthar menempa kedudukan ketiga dalam Pertandingan Nasyid Sekolah-sekolah Menengah Johor Bahru tahun 2011. Kejayaan yang tidak akan kami lupakan .



















Isnin, 10 Januari 2011

AL-FATIHAH


(gambar hiasan)

Berakhlak mulia budi pekerti,
sopan santun manis berseri,
Pn.Rasnida yang pergi meninggalkan kami,
kenangan yang tinggal kan tetap abadi.

KENANGAN ABADI BUAT AL-MARHUMAH RASNIDA BT SATAR YANG MENINGGALKAN KAMI
PADA 3 JANUARI 2011

SMK KEMPAS (2001-2011)



Kematian adalah pasti,apabila ia datang, tidak dapat ditolak atau ditunda kehadirannya.

Isnin, 3 Januari 2011

CARTA ORGANISASI MAKDIS 2011 SMK KEMPAS JOHOR BAHRU

PENGERUSI
HJ BUNI BIN SUNADE

TIMB. PENGERUSI
PN ROGAYAH BINTI ABDULLAH

NAIB PENGERUSI I
EN. MOHD RAMDAN BIN MUSTAFFA

NAIB PENGERUSI II
PN. ZALINA BINTI MD TALIB

SETIAUSAHA
PN NORLIN BINTI KASBI

PENYELARAS KEWANGAN
PN NOR AZMAH BINTI JAAPAR

PENYELARAS DAKWAH
PN ZURAINI BINTI KHAIR







AHLI JAWATANKUASA MAKDIS

PN ROSLIZAH BINTI MOHD NORDIN TAN

PN ZURAIDAH BINTI ZAKARIA@MOHAMAD

PN WAN NORSIAH BINTI ABDULLAH

EN SUHAIMI BIN ABDUL RAHMAN

PN. NORLIN BINTI KASBI

EN MOHD.AZIEZUL BIN ABDULLAH

EN MD ZALI BIN ABU

PN ROSITA BINTI HUSIN

PN NURUL HUDA BINTI JOHDI

EN ABDUL KARIM BIN HJ MASIRAN

EN YA’AKOB BIN HJ ISMAIL