Kem Ibadah anjuran Panitia Pendidikan Islam SMK Kempas yang bertempat di Nurfa Farm Pontian Johor , pada tarikh 16 hingga 17 Jun 2012.Kem ini disertai oleh hampir 60 pelajar Islam tingkatan lima SMK Kempas.
Kem yang berlangsung selama 2 hari 1 malam ini dikendalikan oleh pihak
konsultan G-Hard Motivation yang menyediakan pelbagai pengisian yang
sangat menarik dan sangat berguna kepada para peserta.
PENGURUSAN JENAZAH.
PRAKTIKAL IBADAH HAJI DAN UMRAH.
PRAKTIKAL IBADAH SEMBELIHAN.
KEMBARA IBADAH
Assalamualaikum. Ahlan Wa Sahlan kepada semua.....
Rabu, 11 Julai 2012
Rabu, 2 Mei 2012
SAMBUTAN MAULIDURRASUL SAW
28 April 2012 - Sambutan Maulidurrasul saw telah diadakan dengan jayanya secara sederhana namun tetap meriah. Salam dan solawat ke atas junjungan baginrda Rsulullah saw yang membawa nur keluar dari kegelapan. Dataran kejat digegarkan dengan laungan solawat dari beberapa kumpulan. Kemeriahan jelas tergambar dengan sepanduk yang berwarna-warni memecahkan keheningan SMK Kempas pagi itu.
Inilah pasukan kompang sekolah yang memeriahkan suasana...
Perarakan yang bermula dari Dataran Kejat berakhir di Surau. Inilah sejarah yang dinanti-nanti. Surau yang diubahsuai dari Bengkel Pertanian ceria dipenuhi pelajar lelaki dan perempuan. Program dimulakan dengan bacaan ayat-aat suci yang disampaikan oleh saudara Safwat dari 5Sains1 dan terjemahan oleh M.Faris Ismail.
Sementara menanti kehadiran penceramah , majlis diserikan dengan penyampaian hadiah Tokoh Maulidurrasul 2012 yang disampaikan oleh Pengetua, Tn.Hj Buni dengan diiringi Guru Kanan Sains Sosial, Pn Shuwarti.
Inilah kemeriahan sambutan maulidurrasul di SMK Kempas. Pelajar membentuk barisan panjang. Dulang bertukar tangan dengan penuh kasihsayang dari kantin hingga ke surau.
Jemput makan.....
Bismillah.......
Semoga majlis yang kami raikan bukan hanya memperingati kelahiran baginda Rasulullah saw semata-mata bahkan itulah keutamaan...namun kami juga mengharapkan agar hubungan ukhwah antara kita warga SMK Kempas terjalin dengan penuh kasih sayang , mawaddah dan rahmah di bawah keredaan Robbul Jalil.....ar-Rahman..ar-Rahim...
Kau yang maha pengasih dan penyayang, rahmatilah segala program yang kami jalankan, berkatilah segala yang kurniakan kepada kami , bimbinglah kami ke jalan yang Kau redai, pandanglah kami dengan pandangan rahmatMu di setiap perjalanan yang kami susuri...menuju ke negeri yang abadi.

| Al-Kauthar turut membuat persembahan sementara menanti kehadiran penceramah. |
| PENCERAMAH JEMPUTAN : Ustaz Hakim bin Kiyai Suhaili |
| Jamuan telah sedia dihidang...makan dalam dulang...itulah tema nya. |
| Anak guru turut memeriahkan suasana |
Inilah kemeriahan sambutan maulidurrasul di SMK Kempas. Pelajar membentuk barisan panjang. Dulang bertukar tangan dengan penuh kasihsayang dari kantin hingga ke surau.
| Doa dibaca mohon keberkatan Ilahi |
Jemput makan.....
Bismillah.......
Semoga majlis yang kami raikan bukan hanya memperingati kelahiran baginda Rasulullah saw semata-mata bahkan itulah keutamaan...namun kami juga mengharapkan agar hubungan ukhwah antara kita warga SMK Kempas terjalin dengan penuh kasih sayang , mawaddah dan rahmah di bawah keredaan Robbul Jalil.....ar-Rahman..ar-Rahim...
Kau yang maha pengasih dan penyayang, rahmatilah segala program yang kami jalankan, berkatilah segala yang kurniakan kepada kami , bimbinglah kami ke jalan yang Kau redai, pandanglah kami dengan pandangan rahmatMu di setiap perjalanan yang kami susuri...menuju ke negeri yang abadi.
Jumaat, 27 April 2012
SEJENAK BERSAMA
20 April 2012 - Jabatan Pelajaran Negeri Johor telah menganjurkan Tafaqquh Ilmi yang dihadiri oleh Al-Allamah Habib Omar Benhafez pendakwah yang tidak asing lagi dari Hadramaut ini. Program yang dibuat di Dewan Seminar , Jabatan Pelajaran Negeri Johor dipenuhi oleh guru-guru Pendidikan Islam dan JQAF dari seluruh pelusuk Johor Bahru.
Kehadiran guru yang berkesan menunjukkan betapa kita memang dahagakan ilmu dari orang alim seperti beliau. Ceramah yang disampaikan dalam Bahasa Arab diterjemahkan oleh Habib Ali Zainal Abidin dengan bahasa yang indah sangat memukau hadirin yang memenuhi dewan.
Antara isu menarik yang dibincangkan ialah keperluan guru bertindak sebagai dai dalam usaha mendekati remaja sebagai generasi akan datang sangat penting dan memerlukan usaha yang berterusan. Rasulullah ialah contoh terbaik yang sangat popular dalam kes mendekati remaja dan belia.
Sesi soal jawab turut mendapat sambutan guru-guru hingga ada yang kecewa kerana tidak berpeluang mengajukan soalan kepada Habib Allamah. Masa sangat mencemburui program ditambah lagi suasana tengahari Jumaat yang semakin hampir.
Usaha JPN mengadakan program seperti ini adalah satu usaha yang bik dan amat dialu-alukan oleh warga pendidik di Johor Bahru. Semoga usaha ini dapat diteruskan dan diberkati Allah, amin.
Kehadiran guru yang berkesan menunjukkan betapa kita memang dahagakan ilmu dari orang alim seperti beliau. Ceramah yang disampaikan dalam Bahasa Arab diterjemahkan oleh Habib Ali Zainal Abidin dengan bahasa yang indah sangat memukau hadirin yang memenuhi dewan.
Antara isu menarik yang dibincangkan ialah keperluan guru bertindak sebagai dai dalam usaha mendekati remaja sebagai generasi akan datang sangat penting dan memerlukan usaha yang berterusan. Rasulullah ialah contoh terbaik yang sangat popular dalam kes mendekati remaja dan belia.
Sesi soal jawab turut mendapat sambutan guru-guru hingga ada yang kecewa kerana tidak berpeluang mengajukan soalan kepada Habib Allamah. Masa sangat mencemburui program ditambah lagi suasana tengahari Jumaat yang semakin hampir.
| Salah seorang guru yang bertuah yang sempat bertanyakan soalan. |
| Dewan penuh dengan insan yang dahagakan ilmu dan motivasi dari orang alim.. |
| Para hadirin yang tidak mahu melepaskan peluang bersalaman dengan tetamu istimewa sebelum bersurai. |
Labels:
seminar dan majlis ilmu
Jumaat, 20 April 2012
MINGGU PANITIA PEND. ISLAM (2)
Kemuncak minggu Panitia Pend.Islam dimeriahkan dengan Majlis Penyampaian hadiah pada minggu berikutnya. Hadiah disediakan bagi setiap kategori pertandingan yang dijalankan sepanjang minggu berlangsung.
Majlis dijalankan berasingan bagi sesi pagi dan petang. Sebelum penyampaian dijalankan , majlis pagi itu diserikan dengan halwa telinga dari Kumpulan Al-Kauthar yang mendapat tempat ketiga dalam Festival nasyid Sekolah Menengah Daerah Johor Bahru.
Hadiah yang disediakan disusun kemas dibantu dengan para pengawas.
Pn.Wan Hasifa memenangi tempat kedua prtandingan JAWI
Cik Azarin menjuarai pErtandingan tulisan Jawi kali ini
Kumpulan Al-Kauthar turut menerima piala dan sijil.
Majlis bersurai pada pukul 8.15 pagi.
Minggu Panitia Pendidikan Islam 2012
Minggu Panitia Pendidikan Islam SMK Impian telah selamat diadakan pada 9-13 April yang lalu dengan jayanya. Pelbagai aktiviti telah diatur sepanjang minggu itu. Kuiz harian yang diadakan semasa perhimpunan harian mendapat sambutan baik dari pelajar di kedua-dua sesi pagi dan petang.
Pada 12 April program 'Smart Solat' diadakan untuk pelajar terpilih dari Tingkatan 1. Program dijalankan di surau baru kami yang hampir sempurna. Syukur ke hadrat Ilahi kerana mendapat sambutan dan kerjasama dari pelajar terlibat. Ustaz Edham yang menjadi Penyelaras Program sentiasa menyokong perjalanan program sehingga ke penghujungnya.
Kelihatan Ustaz Edham sedang membimbing pelajar untuk menunaikan solat Dhuha
Tn.Hj.Buni meluangkan masa untuk melihat perjalanan program dan memantau perjalanan usaha baik pulih surau.
Sejuk mata memandang melihat anak-anak belajar solat Dhuha.....
PadaMu Ya Allah ku memohon......ampunkanlah dosa-dosa kami,..... dosa ibu bapa kami, ...., dosa guru-guru kami,........, sahabat-sahabat kami.... bimbinglah kami ke jalan yang Kau redai... ....AMIN....
Pada 12 April program 'Smart Solat' diadakan untuk pelajar terpilih dari Tingkatan 1. Program dijalankan di surau baru kami yang hampir sempurna. Syukur ke hadrat Ilahi kerana mendapat sambutan dan kerjasama dari pelajar terlibat. Ustaz Edham yang menjadi Penyelaras Program sentiasa menyokong perjalanan program sehingga ke penghujungnya.
Kelihatan Ustaz Edham sedang membimbing pelajar untuk menunaikan solat Dhuha
Tn.Hj.Buni meluangkan masa untuk melihat perjalanan program dan memantau perjalanan usaha baik pulih surau.
Sejuk mata memandang melihat anak-anak belajar solat Dhuha.....
Isnin, 2 April 2012
Kejuaraan itu sebuah kemenangan....

Tahniah buat anaknda kumpulan Al-Kauthar yang menduduki tempat ketiga dalam Festival Nasyid peringkat Daerah Johor Bahru.
Bukan angka yang menjadi ukuran. Tahniah atas usaha gigih yang berlatih tanpa jurulatih, bangkit dengan usaha ketua kumpulan Syed Salehuddin layak mendapat penghargaan dari kami.
Kamu tetap juara dan nombor satu di hati kami
'POST' ISTIMEWA UNTUK PEMINAT
INDAHNYA BERJAMAAH
Melihat anak-anak ting 1 dan 2 berdedai melangkah kaki ke surau, timbul satu perasaan yang sukar untuk diduga. Ya Allah jadikanlah kami di kalangan yang menjaga solat kami dan dari seluruh keturunan kami.
Terima kasih atas sumbangan dari seluruh warga Kempas . Seungguhnya ia mnjadi saksi dan sebagai saham di akhirat kelak.
Segala sumbangan wang ringgit atau material amat dialu-alukan bagi menyokong dan menjaga maslahat remaja akhir zaman kita untuk menunaikan solat lima waktu dengan sempurna.
wallahu a'lam.
Langgan:
Catatan (Atom)