Halaman

Sabtu, 8 Oktober 2011

Perkhemahan Tahunan Panitia Pendidikan Islam SMK Kempas


Pekan Nanas menjadi saksi kehadiran kami dalam satu program yang julung-julung kalinya diadakan di luar sekolah tahun 2011 bagi program panitia.
Cuaca sungguh indah pagi itu. Matahari terik menyemarakkan lagi semangat kami untuk menjayakan Program Perkhemahan Ibadat 2011.

Bas yang kami naiki memasuki kawasan NURFA Farmstay di perkampungan Kg.Sawah, Pekan Nanas. Majlis penyerahan pelajar dilakukan dengan tenang. Bermulalah program kami 2 hari itu di bawah bimbingan G-Hard Consultancy&Training.
















Durian yang menunggu kami....seronoknya


Ekspedisi "EXPLORIANCE" dimulakan pagi 24 Julai 2011. Pelajar dilepaskan secara berkumpulan.


Sebelum ekspidisi bermula....jom makan durian dulu....!!!


Riadah + game yang menjanjikan kecerdasan fizikal.

href="https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgP6ZCesKhaWV7xmqxhsPAlrY1HHOICFVxh81nfrf7YgbIxsZm0RQTkIK31pC7AfqaSWZCZMoQKehbQivcjcn6AvnrKREiHOCHqeAwTJ8gAEjWlvHKMAL87P-m3emMJGU77eOoTMYJFWoLE/s1600/P1090655.JPG">
bergambar kenangan sebelum pulang




bergambar kenangan di belakang tadahan air PUB

Khamis, 14 Julai 2011

ADAKAH KITA TETAMU ITU...?



Syaaban yang mulia.....yang menanti di hadapannya Ramadan Al-Mubarak....itu dari penglihatan mata yang bertaqwa....yang hatinya penuh dengan iman.....bukan itu sahaja malah tidak lekang pula dari amar makruf dan nahi mungkar

Tetapi ada satu golongan lain pula apabila tibanya Syaaban.....di hujungnya adalah RAYA..... Oh..baju belum hantar...berapa jenis kuih yang nak disediakan..langsir belum jahit lagi ni.. sempat tak nak hantar baju lagi...alamak nak kena ganti cat ni..dah lebih dua tahun rumah tak cat..takkan nak raya dalam keadaan yang sama..?

Itulah fenomena kita di bulan Syaaban yang semakin meniti penghujungnya. Di penghujungnya sedang menanti sebuah bulan yang merindukan dan memanggil-manggil orang bertaqwa untuk masuk ke dalamnya...

Adakah kita termasuk dalam golongan itu..

Ya Allah....ampunkanlah dosa-dosa kami,dosa-dosa kedua-dua ibu bapa kami, guru-guru kami, anak-anak kami, ya Allah rahmatilah anak-anak murid kami, dalam pencarian redaMu menuntut ilmuMu...amin.


selamat menyambut bulan mulia....Ramadan al-Mubarak

Khamis, 19 Mei 2011

SELAMAT MEMASUKI BULAN ALLAH REJAB YANG MULIA




bersediakah kita untuk hadapi rejab tahun ini, bagaimanakah rejab kita tahun lepas...?
persoalan tanpa jawapan ini muncul lagi buat kesekian kalinya.

hari ini 20 Mei- 16 Jamadil Akhir bererti kita masih ada lagi 2 minggu untuk memasuki bulan Allah ini. Bermulanya Rejab bererti kita semakin hampir dengan Ramadan.

1 rejab 1432 akan muncul pada 3 Jun 2011 kelak. Berikut ialah antara kelebihan Rejab yang dapat dimuatkan dalam ruangan ini kali ini.


Puasa di Bulan Rajab
Di bulan Rajab dan Sya’ban seseorang sebaiknya berpuasa setiap hari senin dan kamis, atau Setiap hari.

Dalam Muslim, Abu Dawud, dan Ahmad dinyatakan bahwa ‘Utsman Ibnu Hakim al-Ansari berkata, “Aku bertanya kepada Sa’id Ibnu Jubayr mengenai puasa di bulan Rajab, kemudian kami sampai pada bulan itu, di mana beliau berkata, ‘Aku dengar Ibnu ‘Abbas ra berkata bahwa Rasulullah saw biasa berpuasa secara kontinu sehingga kami berpikir bahwa beliau tidak pernah menghentikannya dan di lain waktu beliau tidak berpuasa berhari-hari sehingga kami berpikir bahwa beliau tidak akan berpuasa lagi.”

Jika seseorang berpuasa setiap hari Senin dan Kamis maka orang itu juga harus berpuasa pada hari ke-15 setiap bulannya dan juga pada 26-27 Rajab. (sangat dianjurkan untuk berpuasa pada hari-hari ‘putih’ setiap bulan, yang jatuh pada hari ke-13, 14, dan 15). Ini hanyalah petunjuk secara umum, bila ada keraguan sebaiknya dikonsultasikan dengan seseorang yang ahli dalam syari’ah.

Diriwayatkan bahawa Nabi SAW telah bersabda : “Ketahuilah bahwa bulan Rajab itu adalah bulan ALLAH, maka barang siapa yang berpuasa satu hari dalam bulan Rajab dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keridhaan yang besar dari ALLAH “

Barangsiapa yang berpuasa dua hari dalam bulan Rajab mendapat kemuliaan disisi ALLAH .Barangsiapa berpuasa tiga hari dalam bulan Rajab, maka ALLAH akan menyelamatkannya dari bahaya dunia, siksa akhirat, dari terkena penyakit gila, penyakit putih-putih di kulit badan yang menyebabkan sangat gatal dan diselamatkan dari fitnahnya syaitan dan dajjal.Barangsiapa berpuasa tujuh hari dalam bulan Rajab, maka ditutupkan tujuh pintu neraka jahanam.Barangsiapa berpuasa delapan hari dalam bulan Rajab, maka dibukakan delapan pintu syurga baginya.Barangsiapa yang berpuasa lima hari dalam bulan Rajab, permintaannya akan dikabulkan oleh ALLAH SWT.Barangsiapa berpuasa lima belas hari dalam bulan Rajab, maka ALLAH mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan dan barangsiapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH akan menambahkan pahalanya.”

Sabda Rasulullah SAW: “Pada malam Mikraj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari ais dan lebih harum dari minyak wangi, lalu saya bertanya Jibril as : “Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?”
Berkata Jibril as: “Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca selawat untuk engkau dibulan Rajab.”

Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita:”Ketika kami berjalan bersama-sama Nabi SAW melalui sebuah kubur, lalu Nabi berhenti dan Baginda menangis dengan amat sedih, kemudian baginda berdoa kepada ALLAH SWT.

Lalu saya bertanya Rasulullah SAW: “Ya Rasulullah SAW, mengapakan anda menangis?”

Lalu Rasulullah SAW bersabda: “Wahai Tsauban, mereka itu sedang disiksa dalam kubur mereka, dan saya berdoa kepada ALLAH, lalu ALLAH meringankan siksa ke atas mereka.”

Sabda Rasulullah SAW lagi: “Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mau berpuasa satu hari saja dalam bulan Rajab, dan mereka tidak tidur semalam saja di bulan Rajab niscaya mereka tidak akan disiksa dalam kubur.” Tsauban bertanya: “Ya Rasulullah SAW, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rajab sudah boleh mengelakkan dari siksa kubur?”

Sabda Rasulullah SAW:
“Wahai Tsauban, demi ALLAH Zat yang telah mengutus saya sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan solat malam sekali dalam bulan Rajab dengan niat kerana ALLAH, kecuali ALLAH mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan solat malam satu tahun.”

Sabda Rasulullah SAW: “Sesungguhnya Rajab adalah bulan ALLAH, Sya’ban adalah bulan aku (Rasulullah SAW) dan bulan Ramadhan adalah bulan umatku.”

“Semua manusia akan berada dalam keadaan lapar pada hari kiamat, kecuali para nabi, keluarga nabi dan orang-orang yang berpuasa pada bulan Rajab, Sya’ban dan bulan Ramadhan.Maka sesungguhnya mereka kenyang serta tidak ada rasa lapar dan haus bagi mereka.”KELEBIHAN BULAN RAJAB

Beberapa hadis Rasulullah saw menunjukkan kelebihan bulan rajab:

1.Hendaklah kamu memuliakan bulan Rajab, niscaya Allah memuliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari Qiamat.

2.Bulan Rajab bulan Allah, bulan Sya’ban bulanku, dan bulan Ramadhan bulan umatku.

3.Kemuliaan Rajab dengan malam Isra’ Mi’rajnya, Sya’ban dengan malam nisfunya dan Ramadhan dengan Lailatul-Qadarnya.

4.Puasa sehari dalam bulan Rajab mendapat syurga yang tertinggi (Firdaus). Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.

5.Puasa 3 hari pada bulan Rajab, dijadikan parit yang panjang yang menghalangnya ke neraka (panjangnya setahun perjalanan).

6.Puasa 7 hari pada bulan Rajab, ditutup daripadanya 7 pintu neraka.

7.Puasa 16 hari pada bulan Rajab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga, dan menjadi orang yang pertama menziarahi Allah dalam syurga.

8.Kelebihan bulan Rajab dari segala bulan ialah seperti kelebihan
Al-Quran keatas semua kalam

9.Puasa sehari dalam bulan Rajab seumpama puasa empat puluh tahun dan diberi minum air dari syurga.

10. Bulan Rajab Syahrullah (bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada-Nya. Puasa dalam bulan Rajab, wajib bagi yang ber puasa diampunkan dosa-dosanya yang lalu.,Dipelihara Allah umurnya yang tinggal.,Terlepas daripada dahaga di akhirat.

11.Puasa pada awal Rajab, pertengahannya dan pada akhirnya, seperti puasa sebulan pahalanya.

12.Siapa bersedekah dalam bulan Rajab, seperti bersedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya pada setiap helai bulu roma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu derajat, dihapus seribu kejahatan

“Dan barang siapa berpuasa pada tgl 27 Rajab/ Isra Mi’raj akan mendapat pahala seperti 5 tahun berpuasa.”"Barang siapa yang berpuasa dua hari di bulan Rajab akan mendapat kemuliaan di sisi ALLAH “Barang siapa yang berpuasa tiga hari yaitu pada tgl 1, 2, dan 3 Rajab, maka ALLAH akan memberikan pahala seperti 900 tahun berpuasa dan menyelamatkannya dari bahaya dunia, dan siksa
akhirat.”

“Barang siapa berpuasa lima hari dalam bulan ini,permintaannya akan dikabulkan.”

“Barang siapa berpuasa tujuh hari dalam bulan ini, maka ditutupkan tujuh pintu neraka Jahanam dan barang siapa berpuasa delapan hari maka akan dibukakan delapan pintu syurga.”

“Barang siapa berpuasa lima belas hari dalam bulan ini, maka ALLAH akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barang siapa yang
menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH akan menambahkan pahalanya.

Selasa, 17 Mei 2011

Selamat Menghadapi Peperiksaan Tahun 2011


assalamualaikum.....

Tiba kini musim peperiksaan. Seperti biasa peperiksaan disambut seiring dengan Hari Guru. Sebenarnya ada kaitan tersirat antara Hari Guru dan periksa. Dalam keriangan menyambut Hari Guru, peperiksaan melibatkan matapelajaran dan guru yang mengajar. Bergembiralh pelajar yang dapat menjawab peperiksaan dengan cemerlang. Tentunya dia akan lebih menghargai gurunya kerana membantu selama ini. Tapi bagaimana pula denga yang lain. si pelajar akan terus membenci subjek tersebut dan lupalah gurunya dan si guru akan terasa seolah seperti mencurah air ke daun keladi.

Namun demikian, dalam Islam guru bukan sekadar guru. Dia adalah pendidik, pembimbing.peranannya dimuliakan dalam al-Quran dan hadis. Bertali arus sms yang masuk pada Hari Guru. Tetapi kebanyakannya dari rakan guru yang saling menghargai antara satu sama lain. Jalinan ukhwah yang lahir dari hati ini sangat dihargai.

Peperiksaan pula menjadi titik tolak perjuangan seorang guru. Hasilnya menjadi ukuran kepada guru dan pelajar. semoga kita semua dapat mempositifkan diri dari semua yang berlaku di sekeliling kita. kejayaan tidak datang bergolek. Onak dan duri ialah cabaran dalam perjalanan tersebut.


selamat menyambut peperiksaan buat semua pelajar SMK Kempas Joho Bahru. Semoga kejayaan demi kejayaan akan sentiasa mengiringi kalian..

Wassalam...

Jumaat, 15 April 2011

PERTANDINGAN NASYID DAERAH JOHOR BAHRU 2011

9 April 2011 mencatatkan kenangan indah kepada Kumpulan Al-Kauthar kerana berpeluang menyertai Pertandingan Nsyid Sekolah-sekolah Daerah Johor Bahru sebaris dengan SM Teknik Perdagangan , SMK Taman Universiti dan Sekolah Tun Fatimah Johor Bahru.

Penyertaan ini adalah lanjutan daripada kemenangan tempat kedua yang hanya kalah tipis di tempat kedua di belakang SMK Taman Universiti. Latihan intensif dalam dua minggu terakhir menunjukkan usaha gigih yang penuh dengan impian dan harapan. Al-Kauthar tahun ini bergerak sendiri tanpa jurulatih tetap yang pernah ada di belakangnya. Namun Al-Kauthar berterima kasih kepada Penolong Kanan Kokurikulum , Pn.Zalina yang sentiasa berada di belakang kami.

Terima kasih juga kepada semua guru-guru Pendidikan yang sentiasa memberikan sokongan dan dorongan dalam setiap kejayaan Al-Kauthar. Biarpun tahun ini hanya mendapat tempat keempat,namun Al-Kauthar tetap berbangga dan bersyukur kerana diberi peluang oleh Allah untuk mengenengahkan bakat yang ada dan berjaya keluar dari zon Skudai. Sesungguhnya kejayaan ini sudah cukup besar buat Al-Kauthar.


peserta yang sedang sabar dan berdebar-debar menunggu giliran


barisan pemuzik sedang memulakan persembahan.



Al-Kauhar berdiri gagah mengalunkan suara di Dewan SMK Nusajaya.

Sabtu, 2 April 2011

PROGRAM PENGUKUHAN SOLAT 2011

Salah satu agenda dalam Minggu Panitia Pendidikan Islam tahun ini ialah Program Pengukuhan Solat yang diadakan pada 30 April 2011 khusus kepada anak-anak Ting 1 dan 2. Seramai 30 orang pelajar terpilih untuk mengikuti program tersebut dari kelas yang berasingan lelaki dan perempuan.

Pelajar bersemangat mengikuti program tersebut. Kehadiran mereka yang datang awal menunjukkan kesungguhan untuk mengikuti program. Semoga kesungguhan itu tidak hanya lahir untuk hari ini dan semoga mereka benar-benar mengambil dari apa yang mereka pelajari.

Program yang lebih bersifat kepada bimbingan ini dipimpin oleh Ustaz Edham, Pn.Norlin dan Pn.Zuraini.Pelajar dibahagikan kepada tiga kelompok. Guru bertindak sebagai fasilitator di dalam kelompok itu. Buku PAFA diberikan percuma kepada mereka sebagai pendamping utama yang mampu memimpin mereka melaksanakan rukun kedua itu.

Pelajar juga dibawa melakukan praktikal wuduk. Bimbingan ini diharap terpahat di dalam lipatan sanubari rohani mereka sampai bila-bila. Apa yang lebih penting sebenarnya ialah bimbingan berterusan di luar sekolah kerana kehidupan mereka di sekolah hanya beberapa jam sahaja.



Selasa, 1 Mac 2011

LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN 2011

2011 membuka tirai Panitia Pendidikan Islam dengan Latihan Dalam Perkhidmatan yang diadakan di Pusat Sumber pada 26 Febuari yang lalu. Ketua Panitia kami Pn. Nor Azmah mengetuai program dengan pengisian program yang padat.





Antara agenda utama dalam LDP tersebut ialah Plan-J yang diselaraskan oleh Penyelaras setiap Tingkatan. Perbincangan isu-isu semasa mengisi ruang perbincangan kami pada hari tersebut. Panitia mengalu-alukan kehadiran guru baru Ustaz Azizul dalam keluarga kami. semoga ikatan ukhwah yang terjalin sentiasa di bawah rahmat Allah selalu.

LDP yang bermula seawal jam 8 pagi berakhir dengan jamuan ringkas sebelum bersurai pada jam 12.30 tengahari.