Halaman

Jumaat, 26 Julai 2013

Majlis Iftar jama'ie Ramadan 1434/2013

Sambutan dimulakan dari pagi seawal waktu Bina Insan. Satu tazkirah ringkas menjadi hidangan pagi itu untuk mereka yg mendengar lagi memanfaatkannya..Tak lama kemudian, barisan nama insan terpilih dipanggil untuk menerima sumbangan kutipan Aidil Fitri. Sumbangan disampaikan oleh Puan Pengetua, SMK Kempas, Pn.Salbiah binti Noordin.



Sambutan menjadi lebih meriah dengan rewang beramai-ramai menyediakan bubur lambok. Tahun ini surau baru menjadi port baru untuk sesi rewang yang hanya berlaku setahun sekali ini sahaja.

Majlis khatam al-Quran menjadi penyeri sambutan petang itu .


Majlis berbuka puasa diadakan secara sederhana, diikuti dengan solat Maghrib berjamaah, makan malam dan solat Isyak dan seterusnya proram berakhir dengan acara kemuncak iaitu solat sunat Tarawih.


Demikian berakhirnya majlis Iftar Jamaie untuk sesi Ramadan tahun ini 2013/1434, semoga berjmpa lagi di tahun hadapan.



Jumaat, 5 Julai 2013

Ahlan wa sahlan Ya Ramadan......

Assalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh.....
Ramadan datang lagi.....
Umat Islam bertaqwa amat menanti-nantikan kehadirannya. Tidak kurang juga yang sudah mula membuat persiapan, Ada yang mula berbelanja barang dapur, ada juga yang mula berkemas-kemas rumah dengan alasan bulan puasa nanti letih, tak larat nak berkemas. Malah ada yang bersedia lebih jauh, sudah mula membuat persiapan Hari Raya.

Ramadan bukan sahaja menuntut persedian madiah atau material dan jasmani semata-mata. Malah persediaan secara nafsiah dan ruhiyah turut menuntut mendapat hak yang sama.


Persediaan sebelum Ramadan :
Persediaan jasmani :
-          Kurangkan bercerita tentang urusan dunia
-          Kurangkan berbangga diri
-          Kurangkan kuantiti makanan sebagai latihan awal
-          Kurangkan makanan berminyak
-          Berlatih makan malam sebelum maghrib

Persediaan rohani :
-          Meningkatkan amalan sunat seperti solat sunat rawatib, tahajjud dan sebagainya
-          Mendekati al-Quran dan tafsirnya
-          Mendekati ulama dan majlis ilmu
-          Memperbanyakkan sedekah sebagai amalan membersihkan jiwa
-          Memaafkan orang lain sebelum tidur
-          Berazam untuk memperbaiki Ramadan kali ini berbanding tahun lalu.








 Bulan Ramadan bulan pahala dan keberkatan.....
Marilah sama-sama mengambil peluang yang diberi oleh Allah seluas-luasnya ini.....
Rugilah mereka yang mensia-siakan ia berlalu begitu sahaja.

Banyakkanlah berdoa di bulan mulia ini....sesungguhnya doa seorang Muslim tidak akan disia-siakan oleh Allah...