Halaman

Jumaat, 26 Julai 2013

Majlis Iftar jama'ie Ramadan 1434/2013

Sambutan dimulakan dari pagi seawal waktu Bina Insan. Satu tazkirah ringkas menjadi hidangan pagi itu untuk mereka yg mendengar lagi memanfaatkannya..Tak lama kemudian, barisan nama insan terpilih dipanggil untuk menerima sumbangan kutipan Aidil Fitri. Sumbangan disampaikan oleh Puan Pengetua, SMK Kempas, Pn.Salbiah binti Noordin.



Sambutan menjadi lebih meriah dengan rewang beramai-ramai menyediakan bubur lambok. Tahun ini surau baru menjadi port baru untuk sesi rewang yang hanya berlaku setahun sekali ini sahaja.

Majlis khatam al-Quran menjadi penyeri sambutan petang itu .


Majlis berbuka puasa diadakan secara sederhana, diikuti dengan solat Maghrib berjamaah, makan malam dan solat Isyak dan seterusnya proram berakhir dengan acara kemuncak iaitu solat sunat Tarawih.


Demikian berakhirnya majlis Iftar Jamaie untuk sesi Ramadan tahun ini 2013/1434, semoga berjmpa lagi di tahun hadapan.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan