Halaman

Jumaat, 22 November 2013

MARI SEMBAHYANG


Entri kali ini bertujuan untuk membantu anak2 khususnya pelajar sekolah kami yang tak berapa mahir dalam urusan solatnya. Semoga boeh dijadikan panduan untuk melaksanakan tiang yang agama yang menjadi tunggak muslim sejati.

WUDUK

Berkumur-kumur ialah memasukkan air ke dalam mulut dan mengeluarkannya semula. Begitu juga istinsyaq iaitu menyedut air ke dalam hidung dan menghembuskannya semula. Kemudian...
 Had muka ialah antara anak rambut hingga ke bawah tulang dagu , dan antara anak telinga kanan hingga anak telinga kiri.
Basuh tangan hendaklah melepasi tulang siku, kemudian basuh untuk tangan kiri pula dengan cara yang sama.
 Menyapu sebahagian kepala hukumnya wajib. Air hendaklah mencecah sebahagian kepala dan membasahi sedikit dari rambutnya. Bagi mereka yang tidak mempunyai rambut memadai dengan diusap kepalanya dengan sedikit air.
Membasuh telinga hukumnya sunat. Kemudian....yang terakhir ialah ...
Membasuh jari kaki dan celahnya hingga melepasi tulang kedua buku lali kiri dan kanan. Begitu juga dengan kaki kiri.
Kesemua perbuatan di atas hendaklah mengikut urutan .
SOLAT
contoh : solat Zuhur


Perlulah diingatkan di sini bahawa had tangan paras bahu bukan lah syarat, ia sebagai panduan sahaja agar tangan tidak diangkat terlalu tinggi hingga menyamai perbuatan lelaki yang lebih luas bukaannya.


Selepas bacaan al-Fatihah disunatkan membaca ayat al-Quran samada dari surah lazim atau dari mana-mana potongan ayat al-Quran.
..akan disambung lagirukun seterusnya tak lama lagi atas sebab2 teknikal.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan