Seminar Kajian Tindakan Peringkat Sekolah 2013
Tarikh : 26 Oktober 2013
Tempat : Bilik Wawasan, SMK Kempas Johor Bahru
Pembentang : 16 pembentang mengikut Panitia
Pembentang Pendidikan Islam : Pn.Zuraidah binti Zakaria@Muhamad
Tajuk : Solat Ketika Sakit Menggunakan Kaedah Melukis Orang Lidi
berdebar menunggu giliran..
pembentangan hebat
Pembentang Panitia Tasawwur Islam : Ustazah Wan Norsiah binti Abdullah
Tajuk : Mengenal Pasti Pengertian Istilah "R-SWAM" Melalui Kaedah 5 Jari
aksi-aksi peserta seminar sedang berehat...
Assalamualaikum. Ahlan Wa Sahlan kepada semua.....
Sabtu, 26 Oktober 2013
Khamis, 24 Oktober 2013
Penggunaan Visual Dalam Membantu Meningkatkan Penguasaan Pelajar Terhadap Tajuk Beriman Kepada Hari Qiamat – Subtopik ”Proses Berlakunya Hari Qiamat”
Penggunaan Visual Dalam Membantu
Meningkatkan Penguasaan Pelajar Terhadap Tajuk Beriman Kepada Hari Qiamat –
Subtopik ”Proses Berlakunya Hari Qiamat”
OLEH :
Nor Azmah bt Jaapar
Panitia Pendidikan Islam
SMK Kempas, Johor Bahru.
1.0 Refleksi Pengajaran dan
Pembelajaran Lalu / Latar Belakang Kajian
Pada
P&P tajuk Beriman Kepada Hari Qiamat tingkatan 3, saya dapati ramai pelajar
lemah dalam menghuraikan kembali proses berlakunya Hari Qiamat. Antara
kelemahan yang dikenalpasti ialah pelajar keliru antara proses Hisab dan Mizan
mana yang berlaku dahulu disamping gagal untuk menghuraikan setiap proses yang
berlaku pada Hari Qiamat.
Kaedah
pengajaran dan pembelajaran yang kurang menarik dan efektif juga adalah antara
punca kelemahan tersebut. Ini kerana topik yang agak luas dengan kaedah
penerangan biasa menyulitkan lagi kefahaman pelajar terhadap isi pembelajaran.
2.0 Fokus Kajian
Fokus
kajian saya ini adalah kepada masalah dalam mengingat kronologi berlakunya Hari
Qiamat. Dengan menggunakan visual dapat membantu pelajar mengingat dengan baik serta tepat
dan saya yakin pelajar kaedah ini boleh membantu pelajar menjawab soalan yang
dikemukakan dalam bahagian akidah.
3.0 Objektif Kajian
Selepas kajian ini selesai dijalankan,
pelajar-pelajar diharap akan mencapai objektif berikut :
i.
Objektif Umum
Meningkatkan nilai GPS sekolah dengan
peningkatan peratus kelulusan
Pendidikan Islam PMR.
ii.
Objektif Khusus
·
Membantu pelajar mengingat dan menerangkan kembali proses
berlakunya Hari Qiamat dengan betul
·
Mengelakkan kekeliruan kepada pelajar dalam menentukan setiap proses Hari Qiamat yang
berlaku
·
Meningkatkan penguasaan pelajar dalam tajuk Akidah
Tingkatan 3
·
Meningkatkan peratus pelajar yang mendapat markah yang
cemerlang dalam mata pelajaran Pendidikan Islam
4.0 Kumpulan Sasaran
Kajian ini melibatkan 10 orang pelajar Islam tingkatan
3Erat/Dedikasi dalam kategori sederhana dan lemah.
5.0 Strategi Yang Dicadangkan
5.1 Tinjauan Masalah
Sebelum langkah-langkah yang
seterusnya diambil tinjauan terhadap masalah yang dikenal pasti akan dibuat
bertujuan untuk memahami dengan lebih mendalam masalah pelajar. Tinjauan
dilakukan dengan cara berikut :
·
Latihan Pengukuhan Topikal selepas P&P dijalankan
·
Soal selidik tahap pemahaman pelajar terhadap topik yang
diajar
5.2 Aktiviti dan Laporan Aktiviti
Aktiviti
1 :
·
Saya menjalankan P&P dalam kelas. Pelajar dibahagikan kepada 7 kumpulan
dan setiap kumpulan diberi tajuk yang berlainan untuk dibaca dan dibentangkan.
·
Pelajar membuat aktiviti perbincangan dalam kumpulan dan
membentangkannya. Sekiranya ada kemusykilan pelajar akan mengemukakan soalan
kepada kumpulan yang membuat pembentangan. Dan bagi jawapan yang tidak dapat
dijawab, guru akan memberi jawapan.
·
Tajuk yang dibentangkan ialah :
o Alam Barzakh
o Padang Mahsyar
o Hisab
o Mizan
o Titian Sirat
o Syurga
o Neraka
·
Setelah tamat aktiviti pembentangan kumpulan guru memberikan
Latihan Pengukuhan dengan menggunakan Modul Topikal.
Aktiviti 2 :
·
Pada P&P berikutnya pelajar mengimbas kembali
pelajaran lepas dengan melengkapakan
bahan edaran – Pre Test berkaitan Proses Berlaku Hari Kiamat.
·
Guru meminta beberapa orang pelajar untuk menceritakan
kembali proses berlakunya Hari Kiamat.
·
Berdasarkan pre-test yang dibuat guru mendapati bahawa 4
orang pelajar telah faham dan dapat menceritakan kembali proses berlakunya Hari
Kiamat.
Nama
|
Faham/Ingat
|
< Faham/Ingat
|
X Faham/Ingat
|
Muhaimin
|
|
|
/
|
Ameerul
|
|
|
/
|
Fikri
|
|
/
|
|
Hash
|
|
|
/
|
Guruh
|
|
/
|
|
Faiz
|
/
|
|
|
Taufik
|
/
|
|
|
Fakhrur
|
/
|
|
|
Badrul
|
/
|
|
|
Yusri
|
|
|
/
|
·
Guru menerangkan tentang visual proses berlakunya Hari
Qiamat menggunakan kaedah gambar bagi memudahkan pemahaman pelajar. (Lihat
Lampiran)
Aktiviti 3 :
·
Pelajar mengimbas kembali pelajaran dan guru mengemukan
soalan.
·
Guru memberikan Latihan Pengukuhan kepada 4 orang pelajar
yang tidak faham/ingat dan 2 orang pelajar yang kurang faham/ ingat.
Berdasarkan visual yang diberi guru mendapati pelajar dapat memahami dan
menceritakan kembali Proses Berlaku Hari Qiamat dengan baik.
·
Nama
|
Faham/Ingat
|
< Faham/Ingat
|
X Faham/Ingat
|
Muhaimin
|
/
|
|
|
Ameerul
|
/
|
|
|
Fikri
|
/
|
|
|
Hash
|
/
|
|
|
Guruh
|
/
|
|
|
Yusri
|
/
|
|
|
Berdasarkan pemerhatian saya,
melalui kaedah penerangan menggunakan visual gambar ini dapat membantu pelajar
mengingat beberapa tajuk Hari Kiamat dengan mudah seterusnya membolehkan
P&P berjalan dengan lebih seronok. Pada P&P akan datang saya dapat
mencari kaedah yang mudah bagi mebolehkan pelajar membezakan antara pengertian
Solat-solat Sunat yang dipelajari.
(..gambar akan dimasukkan kemudian..)
Formula Ringkas Untuk Meningkatkan Kemahiran Pelajar Menguasai Maksud Jamak, Jamak Taqdim , Jamak Ta’khir Dan Qasar
Formula
Ringkas Untuk Meningkatkan Kemahiran Pelajar Menguasai Maksud Jamak, Jamak
Taqdim , Jamak Ta’khir Dan Qasar
Oleh:
Zuraini
Binti Hamisan @Khair (2013)
1.0 PENGENALAN
Saya mengajar Pendidikan Islam di
sesi petang bagi Tingkatan 1 dan 2. Sebagaimana maklum, Pendidikan Islam
terbahagi kepada beberapa subtopik iaitu Tilawah, Hadis, Akidah, Ibadat, Sirah
dan Adab Islamiah. Ibadat merupakan elemen penting dalam Islam dan Pendidikan
Islam kerana ia bukan sekadar teori malah menuntut praktikal seperti bab solat.
Selain daripada teori dan amali,
pengertian dan mafhum menjadi asas kukuh untuk mendalami sesuatu tajuk.
Sehubungan itu, pelajar memerlukan usaha yang tinggi untuk menghafaz dan
mengingat sesuatu pengertian yang diperlkan terutama menjelang peperiksaan. Untuk itu, guru mengusahakan simbol
ringkas untuk menghuraikan ayat panjang yang sukar dihafaz oleh pelajar
sasaran.
2.0 OBJEKTIF
Melalui
kajian ini, diharap pelajar dapat :
a. menyatakan maksud jamak dan
bahagiannya dengan lebih mudah
b. mengenal pasti beza antara setiap
satu pengertian yang diperlukan iaitu antara
jamak, jamak takdim, jamak takhir
c. menyatakan maksud qasar dengan
betul dan jelas
d. menjawab soalan-soalan latihan dan
peperiksaan dengan mudah dan betul
3.0 SASARAN KAJIAN
Kajian ini melibatkan 10 orang
pelajar lelaki dan perempuan yang gagal menguasai maksud jamak, jamak takdim,
jamak takhir dan qasar jamak dari kelas Tingkatan 2 Bestari dan Cemerlang.
4.0 MASALAH KAJIAN
Kajian
ini dibuat berdasarkan kepada beberapa sesi pembelajaran berkaitan tajuk. Antara
kesukaran yang menjadi punca masalah mereka ialah masalah tumpuan di dalam
kelas dan kesukaran membina ayat sebagai jawapan. Masalah kehadiran juga
menjadi salah satu masalah yang dihadapi oleh guru. Pelajar yang kehadirannya
tidak tetap didapati sukar menerima pelajaran kerana ketinggalan beberapa sesi
penerangan dan latihan guru pada hari dia tidak hadir. Tempoh ketidakhadiran
yang lama dan berselang-selang menyebabkan mereka lupa kaedah yang sepatutnya
digunakan yang telah diajar oleh guru.
5.0 TINDAKAN KAJIAN
5.1 Tinjauan masalah
Guru mengenal pasti sasaran melalui beberapa
sesi latihan pengukuhan secara lisan dan penulisan. Pada awal pengenalan tajuk,
adalah menjadi kebiasaan guru untuk membuat sesi soal jawab. Melalui cara itu,
guru boleh menjangka keupayaan pelajar dan dapat mengenal pasti secara rawak
keupayaan mereka dan kemampaun seta kemahiran yang dimiliki untuk menjawab soalan.
Guru berusaha mencari idea bagaimanakah cara terbaik untuk mengajak pelajar
mengingati maksud dengan lebih mudah.
5.2 Pelaksanaan aktiviti
Sebelum kajian dijalankan dengan
lebih terperinci, beberapa proses perlu dilaksanakan untuk mencapai fokus
kajian.
5.2.1 Soal jawab secara lisan
Pada setiap
selepas berakhir pengenalan tajuk, guru akan memberi soalan secara lisan untuk
melihat kadar keupayaan pelajar memahami tajuk di peringkat. Melalui cara ini
guru mengenal pasti pelajar yang mampu menjawab dengan baik. Dengan cara ini,
guru akan mencari baki pelajar yang masih belum dapat menjawab dengan baik
melalui langkah seterusnya.
5.2.2 Latihan bertulis
Sebelum latihan
bertulis diberikan, guru mengulang penerangan tajuk dengan contoh-contoh mudah
yang boleh difahami. Besar harapan guru untuk mendapatkan jumlah pelajar yang
dapat jawab dengan lebih ramai. Setelah semakan dibuat, guru telah dapat
membuat senarai pendek untuk dikenal pasti kelemahan yang boleh diperbaiki.
Melaui temubual
yang dijalankan juga, guru mendapati kesukaran berpunca dari ayat yang panjang
dan sukar diingat.
5.2.3 Pengenalan rumuz
Guru
mengusahakan formula mudah agar bantuan visual ini dapat memudahkan mereka
mengingati fakta seperti berikut :
Dalam perkataan
jamak, fokus ialah kepada huruf ‘m’ di mana ia memberi maksud tertentu.
Formula
2
Formula 2 merupakan simbol biasa dalam iklan-iklan terkenal yang
mempunyai banyak komponen yang digabungkan dalam satu. Maka dengan itu guru
memberi satu pendekatan untuk menghafaz maksud jamak seperti berikut :
Soal jawab
diteruskan dan ia menghasilkan sesuatu yang lebih positif.
Pembelajaran
diteruskan dengan beberapa formula lain untuk menunjukkan maksud Jamak Taqdim dan
Jamak Takhir seperti berikut :
Formula 3
Formula 4
Formula 3 bermaksud : Menghimpunkan dua waktu solat (Zuhur dan Asar) yang
dibuat dalam satu waktu yang pertama.(iaitu waktu Zuhur) Formula 4 bermaksud : Menghimpunkan dua waktu solat (Zuhur dan Asar) yang dibuat dalam satu waktu yang kedua (iaitu waktu Asar)
Dengan
pengenalan kepada formula-formula ini guru dapati pelajar lebih faham akan maksud dan beza
antara kedua jenis jamak ini.
Latihan soal
jawab adalah elemen penting untuk mengesan dengan cepat dan pantas. Setelah
guru agak selesa dengan keupayaan pelajar, guru memperkenalkan formula terakhir untuk memberi maksud Qasar , iaitu :
Formula 5
Formula ini lebih mudah difahami pelajar iaitu ia membawa maksud :
Memendekkan
solat 4 rakaat menjadi 2 rakaat.
Guru gembira
melihat perkembangan pelajar. Kini tibalah masanya untuk mengambil data baru.
5.2.4 Latihan susulan
Perlulah
diingat oleh guru, iaitu, pelajar yang disasarkan mempunyai kelemahan tertentu,
maka guru perlu ulang latihan sekiranya
pelajar masih belum menguasai.
Latihan
kali pertama memperlihatkan masih tertinggal dua orang yang keliru antara Jamak
Taqdim dan Jamak Takhir. Guru membimbing dua orang pelajar tersebut dan
akhirnya kedua mereka berjaya menjawab soalan latihan seterusnya.
6.0 DAPATAN KAJIAN
Guru berpuashati dengan hasil yang
positif ini. Hasil kajian tindakan menunjukkan perkembangan positif bahawa kaedah
visual memainkan peranan besar yang boleh membantu pelajar meningkatkan
keupayaan merangka ayat-ayat panjang yang sukar. Objektif boleh dicapai dengan
kepelbagaian teknik yang menarik. Guru juga telah mengaplikasikan di kelas yang
lain untuk membantu pelajar mendapatkan peningkatan kefahaman yang maksima.
7.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA
Untuk
peringkat seterusnya, saya berharap ada lagi kaedah menarik dan mudah yang akan
muncul dalam membantu pelajar menguasai bidang pentakrifan dan definisi.
Langgan:
Catatan (Atom)