Halaman

Khamis, 24 Oktober 2013

Formula Ringkas Untuk Meningkatkan Kemahiran Pelajar Menguasai Maksud Jamak, Jamak Taqdim , Jamak Ta’khir Dan Qasar


Formula Ringkas Untuk Meningkatkan Kemahiran Pelajar Menguasai Maksud Jamak, Jamak Taqdim , Jamak Ta’khir Dan Qasar
Oleh:
Zuraini Binti Hamisan @Khair (2013)


1.0       PENGENALAN

            Saya mengajar Pendidikan Islam di sesi petang bagi Tingkatan 1 dan 2. Sebagaimana maklum, Pendidikan Islam terbahagi kepada beberapa subtopik iaitu Tilawah, Hadis, Akidah, Ibadat, Sirah dan Adab Islamiah. Ibadat merupakan elemen penting dalam Islam dan Pendidikan Islam kerana ia bukan sekadar teori malah menuntut praktikal seperti bab solat.
           
            Selain daripada teori dan amali, pengertian dan mafhum menjadi asas kukuh untuk mendalami sesuatu tajuk. Sehubungan itu, pelajar memerlukan usaha yang tinggi untuk menghafaz dan mengingat sesuatu pengertian yang diperlkan terutama menjelang peperiksaan. Untuk itu, guru mengusahakan simbol ringkas untuk menghuraikan ayat panjang yang sukar dihafaz oleh pelajar sasaran.



2.0       OBJEKTIF

            Melalui kajian ini, diharap pelajar dapat :
            a. menyatakan maksud jamak dan bahagiannya dengan lebih mudah
            b. mengenal pasti beza antara setiap satu pengertian yang diperlukan iaitu antara
                jamak, jamak takdim, jamak takhir
            c. menyatakan maksud qasar dengan betul dan jelas
            d. menjawab soalan-soalan latihan dan peperiksaan dengan mudah dan betul



3.0       SASARAN KAJIAN

            Kajian ini melibatkan 10 orang pelajar lelaki dan perempuan yang gagal menguasai maksud jamak, jamak takdim, jamak takhir dan qasar jamak dari kelas Tingkatan 2 Bestari dan Cemerlang.

4.0       MASALAH KAJIAN

Kajian ini dibuat berdasarkan kepada beberapa sesi pembelajaran berkaitan tajuk. Antara kesukaran yang menjadi punca masalah mereka ialah masalah tumpuan di dalam kelas dan kesukaran membina ayat sebagai jawapan. Masalah kehadiran juga menjadi salah satu masalah yang dihadapi oleh guru. Pelajar yang kehadirannya tidak tetap didapati sukar menerima pelajaran kerana ketinggalan beberapa sesi penerangan dan latihan guru pada hari dia tidak hadir. Tempoh ketidakhadiran yang lama dan berselang-selang menyebabkan mereka lupa kaedah yang sepatutnya digunakan yang telah diajar oleh guru.

  

5.0       TINDAKAN KAJIAN

            5.1 Tinjauan masalah

            Guru mengenal pasti sasaran melalui beberapa sesi latihan pengukuhan secara lisan dan penulisan. Pada awal pengenalan tajuk, adalah menjadi kebiasaan guru untuk membuat sesi soal jawab. Melalui cara itu, guru boleh menjangka keupayaan pelajar dan dapat mengenal pasti secara rawak keupayaan mereka dan kemampaun seta kemahiran yang dimiliki untuk menjawab soalan. Guru berusaha mencari idea bagaimanakah cara terbaik untuk mengajak pelajar mengingati maksud dengan lebih mudah.

            5.2 Pelaksanaan aktiviti

            Sebelum kajian dijalankan dengan lebih terperinci, beberapa proses perlu dilaksanakan untuk mencapai fokus kajian.

            5.2.1 Soal jawab secara lisan
Pada setiap selepas berakhir pengenalan tajuk, guru akan memberi soalan secara lisan untuk melihat kadar keupayaan pelajar memahami tajuk di peringkat. Melalui cara ini guru mengenal pasti pelajar yang mampu menjawab dengan baik. Dengan cara ini, guru akan mencari baki pelajar yang masih belum dapat menjawab dengan baik melalui langkah seterusnya. 

            5.2.2 Latihan bertulis
Sebelum latihan bertulis diberikan, guru mengulang penerangan tajuk dengan contoh-contoh mudah yang boleh difahami. Besar harapan guru untuk mendapatkan jumlah pelajar yang dapat jawab dengan lebih ramai. Setelah semakan dibuat, guru telah dapat membuat senarai pendek untuk dikenal pasti kelemahan yang boleh diperbaiki.
Melaui temubual yang dijalankan juga, guru mendapati kesukaran berpunca dari ayat yang panjang dan sukar diingat.

            5.2.3 Pengenalan rumuz
Guru mengusahakan formula mudah agar bantuan visual ini dapat memudahkan mereka mengingati fakta seperti berikut :
Dalam perkataan jamak, fokus ialah kepada huruf ‘m’ di mana ia memberi maksud tertentu.


M memberi maksud ‘menghimpunkan’. Setelah pelajar faham maksud ‘m’, pelajar perlu gabungkan Formula 1 dan Formula 2 iaitu ;


Formula 2
Formula 2 merupakan simbol biasa dalam iklan-iklan terkenal yang mempunyai banyak komponen yang digabungkan dalam satu. Maka dengan itu guru memberi satu pendekatan untuk menghafaz maksud jamak seperti berikut :

Pelajar mula seronok dengan permainan bahasa ini. Guru memberi tumpuan kepada pelajar sasaran secara khusus dan semua pelajar secara amnya.
Soal jawab diteruskan dan ia menghasilkan sesuatu yang lebih positif.


Pembelajaran diteruskan dengan beberapa formula lain untuk menunjukkan maksud Jamak Taqdim dan Jamak Takhir seperti berikut :
                                                                            Formula 3
                                                                 Formula 4
Formula 3 bermaksud : Menghimpunkan dua waktu solat (Zuhur dan Asar) yang dibuat dalam satu waktu yang pertama.(iaitu waktu Zuhur) 

Formula 4 bermaksud : Menghimpunkan dua waktu solat (Zuhur dan Asar) yang dibuat dalam satu waktu yang kedua (iaitu waktu Asar)

Dengan pengenalan kepada formula-formula ini guru dapati pelajar lebih faham akan maksud dan beza antara kedua jenis jamak ini.

Latihan soal jawab adalah elemen penting untuk mengesan dengan cepat dan pantas. Setelah guru agak selesa dengan keupayaan pelajar, guru memperkenalkan formula terakhir untuk memberi maksud Qasar , iaitu :
                                                             Formula 5
Formula ini lebih mudah difahami pelajar iaitu ia membawa maksud  :
Memendekkan solat 4 rakaat menjadi 2 rakaat.

Guru gembira melihat perkembangan pelajar. Kini tibalah masanya untuk mengambil data baru.

            5.2.4 Latihan susulan             

Perlulah diingat oleh guru, iaitu, pelajar yang disasarkan mempunyai kelemahan tertentu, maka  guru perlu ulang latihan sekiranya pelajar masih belum menguasai.

Latihan kali pertama memperlihatkan masih tertinggal dua orang yang keliru antara Jamak Taqdim dan Jamak Takhir. Guru membimbing dua orang pelajar tersebut dan akhirnya kedua mereka berjaya menjawab soalan latihan seterusnya.


6.0       DAPATAN KAJIAN

            Guru berpuashati dengan hasil yang positif ini. Hasil kajian tindakan menunjukkan perkembangan positif bahawa kaedah visual memainkan peranan besar yang boleh membantu pelajar meningkatkan keupayaan merangka ayat-ayat panjang yang sukar. Objektif boleh dicapai dengan kepelbagaian teknik yang menarik. Guru juga telah mengaplikasikan di kelas yang lain untuk membantu pelajar mendapatkan peningkatan kefahaman yang maksima.

7.0       CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA

Untuk peringkat seterusnya, saya berharap ada lagi kaedah menarik dan mudah yang akan muncul dalam membantu pelajar menguasai bidang pentakrifan dan definisi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan