Penggunaan Visual Dalam Membantu
Meningkatkan Penguasaan Pelajar Terhadap Tajuk Beriman Kepada Hari Qiamat –
Subtopik ”Proses Berlakunya Hari Qiamat”
OLEH :
Nor Azmah bt Jaapar
Panitia Pendidikan Islam
SMK Kempas, Johor Bahru.
1.0 Refleksi Pengajaran dan
Pembelajaran Lalu / Latar Belakang Kajian
Pada
P&P tajuk Beriman Kepada Hari Qiamat tingkatan 3, saya dapati ramai pelajar
lemah dalam menghuraikan kembali proses berlakunya Hari Qiamat. Antara
kelemahan yang dikenalpasti ialah pelajar keliru antara proses Hisab dan Mizan
mana yang berlaku dahulu disamping gagal untuk menghuraikan setiap proses yang
berlaku pada Hari Qiamat.
Kaedah
pengajaran dan pembelajaran yang kurang menarik dan efektif juga adalah antara
punca kelemahan tersebut. Ini kerana topik yang agak luas dengan kaedah
penerangan biasa menyulitkan lagi kefahaman pelajar terhadap isi pembelajaran.
2.0 Fokus Kajian
Fokus
kajian saya ini adalah kepada masalah dalam mengingat kronologi berlakunya Hari
Qiamat. Dengan menggunakan visual dapat membantu pelajar mengingat dengan baik serta tepat
dan saya yakin pelajar kaedah ini boleh membantu pelajar menjawab soalan yang
dikemukakan dalam bahagian akidah.
3.0 Objektif Kajian
Selepas kajian ini selesai dijalankan,
pelajar-pelajar diharap akan mencapai objektif berikut :
i.
Objektif Umum
Meningkatkan nilai GPS sekolah dengan
peningkatan peratus kelulusan
Pendidikan Islam PMR.
ii.
Objektif Khusus
·
Membantu pelajar mengingat dan menerangkan kembali proses
berlakunya Hari Qiamat dengan betul
·
Mengelakkan kekeliruan kepada pelajar dalam menentukan setiap proses Hari Qiamat yang
berlaku
·
Meningkatkan penguasaan pelajar dalam tajuk Akidah
Tingkatan 3
·
Meningkatkan peratus pelajar yang mendapat markah yang
cemerlang dalam mata pelajaran Pendidikan Islam
4.0 Kumpulan Sasaran
Kajian ini melibatkan 10 orang pelajar Islam tingkatan
3Erat/Dedikasi dalam kategori sederhana dan lemah.
5.0 Strategi Yang Dicadangkan
5.1 Tinjauan Masalah
Sebelum langkah-langkah yang
seterusnya diambil tinjauan terhadap masalah yang dikenal pasti akan dibuat
bertujuan untuk memahami dengan lebih mendalam masalah pelajar. Tinjauan
dilakukan dengan cara berikut :
·
Latihan Pengukuhan Topikal selepas P&P dijalankan
·
Soal selidik tahap pemahaman pelajar terhadap topik yang
diajar
5.2 Aktiviti dan Laporan Aktiviti
Aktiviti
1 :
·
Saya menjalankan P&P dalam kelas. Pelajar dibahagikan kepada 7 kumpulan
dan setiap kumpulan diberi tajuk yang berlainan untuk dibaca dan dibentangkan.
·
Pelajar membuat aktiviti perbincangan dalam kumpulan dan
membentangkannya. Sekiranya ada kemusykilan pelajar akan mengemukakan soalan
kepada kumpulan yang membuat pembentangan. Dan bagi jawapan yang tidak dapat
dijawab, guru akan memberi jawapan.
·
Tajuk yang dibentangkan ialah :
o Alam Barzakh
o Padang Mahsyar
o Hisab
o Mizan
o Titian Sirat
o Syurga
o Neraka
·
Setelah tamat aktiviti pembentangan kumpulan guru memberikan
Latihan Pengukuhan dengan menggunakan Modul Topikal.
Aktiviti 2 :
·
Pada P&P berikutnya pelajar mengimbas kembali
pelajaran lepas dengan melengkapakan
bahan edaran – Pre Test berkaitan Proses Berlaku Hari Kiamat.
·
Guru meminta beberapa orang pelajar untuk menceritakan
kembali proses berlakunya Hari Kiamat.
·
Berdasarkan pre-test yang dibuat guru mendapati bahawa 4
orang pelajar telah faham dan dapat menceritakan kembali proses berlakunya Hari
Kiamat.
Nama
|
Faham/Ingat
|
< Faham/Ingat
|
X Faham/Ingat
|
Muhaimin
|
|
|
/
|
Ameerul
|
|
|
/
|
Fikri
|
|
/
|
|
Hash
|
|
|
/
|
Guruh
|
|
/
|
|
Faiz
|
/
|
|
|
Taufik
|
/
|
|
|
Fakhrur
|
/
|
|
|
Badrul
|
/
|
|
|
Yusri
|
|
|
/
|
·
Guru menerangkan tentang visual proses berlakunya Hari
Qiamat menggunakan kaedah gambar bagi memudahkan pemahaman pelajar. (Lihat
Lampiran)
Aktiviti 3 :
·
Pelajar mengimbas kembali pelajaran dan guru mengemukan
soalan.
·
Guru memberikan Latihan Pengukuhan kepada 4 orang pelajar
yang tidak faham/ingat dan 2 orang pelajar yang kurang faham/ ingat.
Berdasarkan visual yang diberi guru mendapati pelajar dapat memahami dan
menceritakan kembali Proses Berlaku Hari Qiamat dengan baik.
·
Nama
|
Faham/Ingat
|
< Faham/Ingat
|
X Faham/Ingat
|
Muhaimin
|
/
|
|
|
Ameerul
|
/
|
|
|
Fikri
|
/
|
|
|
Hash
|
/
|
|
|
Guruh
|
/
|
|
|
Yusri
|
/
|
|
|
Berdasarkan pemerhatian saya,
melalui kaedah penerangan menggunakan visual gambar ini dapat membantu pelajar
mengingat beberapa tajuk Hari Kiamat dengan mudah seterusnya membolehkan
P&P berjalan dengan lebih seronok. Pada P&P akan datang saya dapat
mencari kaedah yang mudah bagi mebolehkan pelajar membezakan antara pengertian
Solat-solat Sunat yang dipelajari.
(..gambar akan dimasukkan kemudian..)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan