Halaman

Sabtu, 25 Februari 2012

KITA INSAN BIASA....




kita insan biasa..

tiada yang luar biasa
darah kita sama merah
tiada yang berdarah emas di kalangan kita
kehebatan bukan pada nama
bukan juga pada rupa
bukan sijil yang banyak A nya
ternyata...
kita insan biasa..

kita insan biasa..

lahir dari sekolah biasa
mak ayah kita kerja biasa
rumah kita biasa je
kereta kita pun biasa
g sekolah naik bas biasa
kalau setakat jalan kaki tu...
dah biasa
berhujan berpanas pun dah biasa
berlapar di sekolah..
pun..kadang-kadang biasa
ternyata...
kita insan biasa

kita insan biasa..

nama sekolah kita yang biasa pada kita tu..
pada mereka biasa-biasa je
memang..kita insan biasa
tiada yang luar biasa...
tapi kita nak juga orang lihat
kemenangan kita
lahir dari sekolah biasa

hebat mana pun kita...
kita tetap

insan biasa...

hari ni kita menang
lahir dari usaha yg luar biasa...

tahniah...!



*****dedikasi istimewa untuk anak2 kami dari Persatuan Pendidikan Islam & Nasyid yang menang tempat kedua Zon Skudai/Nusajaya 25Feb2012

Tiada ulasan:

Catat Ulasan